#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Susu Emas Ini Mungkin Lebih Sihat & Sedap Daripada Air Lemon!


 

Untuk pengetahuan anda, kunyit, minyak kelapa, dan susu badam adalah antara perkara-perkara yang menjadi trenf kebelakangan ini. Dan kini, sudah pun wujud minuman baru yang dikenali sebagai susu emas!

Susu ini diperbuat daripada serbuk kunyit yang segar, minyak kelapa, dan campuran rempah lain seperti lada hitam, halia, kayu manis, dan buah pelaga.

Ia menjadi satu perkara yang besar di kalangan pengamal pemakanan organik dalam beberapa bulan ini. Apa yang lebih menarik tentang susu ini adalah, ia telah digunakan sejak berabad-abad lamanya oleh pengamal perubatan tradisional Cina dan Ayurveda untuk mengurangkan keradangan, meningkatkan imuniti, dan meningkatkan penghadaman.

Susu ini, selain daripada sangat bagus untuk kesihatan anda, ia juga rasa sangat berkrim dan lazat! Malah, anda juga boleh cuba membuat susu ini sendiri di rumah kerana ianya sangat mudah! Ini adalah resepi asas bagi susu emas ini:

  1. Gabungkan kunyit dan rempah pilihan anda yang lain, seperti lada hitam, halia, kayu manis, dan buah pelaga. Tambah air panas secukupnya untuk membuat pes yang sedikit tebal.
  1. Campurkan dalam minyak kelapa atau minyak sapi (bersama-sama dengan madu mentah, jika anda mahu) untuk lebih memekatkan campuran itu.
  1. Pindah campuran tadi ke dalam jar dan sejukkan di dalam peti sejuk. Setelah ia sejuk, anda akan mempunyai pes yang mudah untuk campur dengan susu kegemaran anda untuk membuat susu keemasan.

Apa? Anda mahu cuba resepi lain selain daripada yang ini? Jangan risau! Masih banyak resepi yang anda boleh cuba dan ya, kesemuanya adalah cukup melazatkan!

Kopi Ais Susu Emas


01-golden-milk

Menurut laman web The First Mess, mereka suka menambah kunyit, buah pelaga, lada hitam, dan kayu manis untuk kopi ais yang manis dan menyegarkan yang dibuat dengan susu yang berasaskan tumbuhan dan dimaniskan dengan sedikit sirap maple.

Ais Krim Susu Emas

02-golden-milk 

Laman web Food Pleasure and Health, membuat ais krim mereka dengan membuat satu jag susu emas ini dan kemudian menuangnya ke dalam acuan ais krim dan biarkannya di dalam peti ais sehingga beku.

Smoothie Susu Emas

03-golden-milk

Ini adalah cara Cotter Crunch membuat smoothie susu keemasan untuk sarapan pagi mereka: Kisar susu emas dengan betik, pisang, dan mangga yang beku, bersama-sama dengan sedikit krim kelapa dan ekstrak vanila untuk rasa yang lebih sedap dan berkrim.

Oat Susu Emas

04-golden-milk

Ini adalah bagaimana The Bojon Gourmet membuat oat dan susu emas mereka: Tuangkan susu emas pada oat, biji chia, dan biji rami, dan biarkan campuran itu sebati di dalam peti sejuk semalaman. Pada waktu pagi, anda boleh menikmatinya dengan meletakkan beberapa buah-buahan segar dan sedikit madu.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com

 

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998