#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Nak Kekal Cergas? Ikut Cara Ni Untuk Kekal Berjaga Tanpa Kafein


 

Kita semua sememangnya telah alami hari-hari yang sukar di mana otak kita sudah berusaha sedaya upaya untuk kekal cergas tetapi tidak juga berjaya, dan anda tidak mahu bergantung kepada bantuan kafein dalam hal ini, kerana anda masih mahu dapatkan tidur pada malam itu. Jadi, apa yang patut anda buat untuk tangani masalah ini? Berikut adalah beberapa tips untuk buat anda kekal cergas tanpa perlu minum kopi:

 

 

  1. Tengok video kucing

 

cat

Anda mungkin sedang mempersoalkan yang mengapa perlu tengok video kucing untuk kekal cergas, kan? Menurut video daripada Reactions, mereka mendapati bahawa dengan menonton video-video comel begitu akan meningkatkan mood dan perhatian anda. Contohnya, seperti perasaan tenang yang anda rasa apabila anda menghabiskan masa dengan haiwan kesayangan anda, begitu juga yang akan anda rasakan apabila anda menonton video kucing, kerana ia boleh meningkatkan tahap oxytocin di dalam otak anda dan mengurangkan tahap kortisol (kedua-dua hormon yang mempengaruhi tindak balas fisiologi badan kita kepada emosi.)

 

 

  1. Minum air secukupnya

 

dehidrasi
Kadang-kadang tidak ada perkara yang lebih baik daripada minum segelas besar H2O untuk membuatkan anda lebih cergas hari-hari. Sekiranya anda tidak minum air yang cukup di siang hari, ia boleh menyebabkan dehidrasi dan dehidrasi boleh menyebabkan berlakunya keletihan, dan itu akan membawa kepada gejala yang lebih serius seperti kekeliruan, jantung berdebar-debar, dan pengsan.

 

Air merupakan komponen utama dalam plasma dalam darah kita. Oleh itu, dehidrasi membuatkan badan anda tertekan, kerana ia akan meningkatkan suhu badan dan membuat jantung anda berdenyut lebih cepat. Inilah sebabnya mengapa anda senang penat apabila mengalami dehidrasi. Jadi minum lebih banyak air semua orang!

 

 

 

  1. Menari pada lagu kegemaran anda!

 

dance

Jika anda rasa sedikit tidak bermaya, mainkan lagu kegemaran anda, bangun dan menari padanya. Menari adalah satu bentuk senaman yang menghasilkan endorfin yang menyeronokkan di dalam badan yang kemudian mengurangkan kesakitan dan membantu kita rasa lebih gembira dan lebih bertenaga. Mendengar lagu kegemaran anda akan mengaktifkan litar keseronokan dalam otak anda, kemudian melepaskan lebih bahan kimia seperti dopamin, serotonin dan oxytocin. Bahan-bahan kimia ini akan memberikan anda rangsangan yang boleh membuat anda rasa bertenaga dan cergas.

 

 

 

  1. Ceriakan hari anda dengan sinaran cahaya matahari

 

brigth day

Jika anda telah sibuk bekerja sepanjang hari dan walau dengan menari pun tidak dapat membantu anda, ia mungkin masa untuk dapatkan cahaya terang untuk menyegarkan badan anda. Beberapa kajian telah menunjukkan apabila anda dapatkan cahaya yang terang, itu akan mengaktifkan neuron dalam hipotalamus yang melepaskan neurotransmitter yang dipanggil hypocretin, atau orexin. Ini akan membantu anda untuk menjadi lebih berjaga dan berwaspada pada siang hari. Jadi, keluarlah dan dapatkan cahaya matahari kerana ia mungkin sebenarnya jalan penyelesaian anda dalam semua isu ini.

 

 

 

 

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=SvEQBURrPow

Artikel Berkaitan