#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Pencarian pengendali England bermula


 

Kempen England di kejohanan EURO 2016 berakhir dengan banyak luka dan duka apatah lagi melihat negara jiran Wales mempamerkan aksi mantap sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum tewas di tangan Portugal.

Nasib amat berlainan bagi England pula apabila tewas kepada pasukan kerdil, Iceland di pusingan 16 terbaik. Kekalahan itu sekali gus menamatkan era Roy Hodgson yang sudah lama dijangkakan penduduk British, jadi siapa mampu mengisi kekosongan yang ditinggalnya bagi masa yang akan datang?

Berikut adalah 5 calon yang disebut-sebut sekitar media asing mengenai identiti pengendali baharu England:

1) Gareth Southgate (England Bawah-21 tahun)

THUN, SWITZERLAND - MARCH 26: Gareth Southgate manager of England U21 looks on prior to the European Under 21 Qualifier match between Switzerland U21 and England U21 at Stockhorn Arena on March 26, 2016 in Thun, Switzerland. (Photo by Philipp Schmidli/Getty Images)

Salah satu nama yang dianggap sebagai pilihan mudah tatkala dia sudah memiliki banyak pengalaman bersama pemain-pemain generasi baharu England seperti Dele Ali, Ross Barkley, Marcus Rashford dan lain-lain. Biarpun kurang berprestij, Southgate menjulang piala pertama England setelah sekian lama dalam kejohanan persahabatan manakala pasukannya bergelut di saingan EURO B-21 baru-baru ini.

2) Alan Pardew (Crystal Palace)

LONDON, ENGLAND - MAY 21: Alan Pardew manager of Crystal Palace reacts during The Emirates FA Cup Final match between Manchester United and Crystal Palace at Wembley Stadium on May 21, 2016 in London, England. (Photo by Paul Gilham/Getty Images)

Beliau merupakan satu jurulatih yang sangat dihormati setelah memeriahkan Selhurst Park bersama pasukan Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace. Sejak mendapatkan promosi ke dalam liga utama negara, The Eagles tampak lebih kukuh bawah kendalian Pardew yang berjaya mencungkil bakat-bakat berjiwa tinggi seperti Ledley King, Joel Ward, Yannivck Bolasie dan lain-lain.

3) Sam Allardyce (Sunderland)

SUNDERLAND, ENGLAND - APRIL 02: Sam Allardyce, manager of Sunderland is seen on arrival at the stadium prior to the Barclays Premier League match between Sunderland and West Bromwich Albion at Stadium of Light on April 2, 2016 in Sunderland, England. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

‘Big Sam’ diambil kira sebagai penyelamat pasukan tercorot setelah menyalakan semula nyawa Sunderland dalam saingan EPL. Biarpun memiliki personaliti yang amat besar di atas dan di luar padang, Allardyce masih belum pernah diuji di pentas tertinggi bersama pasukan besar.

4) Gary Neville (Tiada Pasukan)

MANCHESTER, ENGLAND - MAY 22: Roy Hodgson, manager of England and Assistant Manager Gary Neville look on during the International Friendly match between England and Turkey at Etihad Stadium on May 22, 2016 in Manchester, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Sering dilihat memberi analisis tepat di kaca televisyen, Gary Neville sudah lama dianggap sebagai calon utama tatkala dia amat terkenal dalam kalangan kakitangan pasukan England. Bagaimanapun, kariernya sebagai pengendali dihantui keputusan hambar ketika mengambil risiko yang cukup besar apabila mengambil alih pasukan Liga Sepanyol, Valencia.

5) Arsene Wenger (Arsenal)

PARIS, FRANCE - JUNE 25: Arsenal manager Arsene Wenger is seen in the stand prior to the UEFA EURO 2016 round of 16 match between Wales and Northern Ireland at Parc des Princes on June 25, 2016 in Paris, France. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Merupakan satu-satunya calon dari negara asing namun nama Arsene Wenger mudah dikenali rakyat British yang sudah lama memerhatikan prestasinya bersama Arsenal. Apakah keputusan untuk mengakhiri zaman kelabnya bersama Arsenal berakhir di sini? Ia merupakan satu situasi yang tidak mustahil gara-gara England sangat memerlukan pertukaran yang drastik.

Artikel Berkaitan