#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Jangan Bawa Anak Anda Ke Taman Permainan Kanak-Kanak Sebab…


 

Mahu tahu kenapa? Ini semua disebabkan tempat di mana imaginasi anak-anak anda mula menjadi liar itu, adalah juga di mana bakteria turut menjadi liar.

Ramai orang mementingkan pengembangan sistem imun anak-anak mereka semasa tahun-tahun pembesaran mereka. Ini semua kerana mereka mahu anak-anak membesar dengan kuat dan sihat.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda betul-betul teroka mengenai kuman-kuman yang terlibat dalam zaman pembesaran kanak-kanak — adalah sesuatu yang amat mengerikan.

Tahukah anda bahawa taman permainan kanak-kanak ini adalah lebih kotor daripada tandas?

Menurut satu laporan baru oleh HomeAdvisor, “Monkey bar” yang terdapat di taman permainan adalah “366 kali lebih kotor” daripada tempat duduk tandas biasa di rumah anda.

Dengan menggunakan kapas steril yang disediakan oleh EMLab P & K, penyelidik telah memeriksa sebanyak 11 peralatan taman permainan yang berbeza di tiga taman permainan yang berbeza, termasuk satu taman permainan yang tertutup.

Keputusan bagi ujian tersebut telah dianalisis di makmal dan dibandingkan dengan data pada bakteria yang ada pada barangan rumah biasa seperti pemegang berus gigi, kepala paip di bilik mandi, mangkuk makanan anjing dan banyak lagi.

 y-minimalis-home-depot-climbing-wall-home-climbing-wall-designs-home-climbing-wall-plans-traverse-home-rock-climbing-wall-designs-home-climbing-wall-designs-homemade-climbing-wall-designs-home-c

Menurut laporan tersebut, kawasan yang kotor dan dipenuhi bakteria adalah dinding batu (rock wall), buaian kanak-kanak, dan jongkang-jongkit mempunyai “lebih 52,000 kali ganda bakteria daripada di tempat duduk tandas di rumah biasa,”

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perbandingan jumlah bakteria pada peralatan permainan di taman permainan dengan alatan rumah anda, lihat gambar di bawah:

gallery-1466631538-playground-asset1

Oleh itu, sebelum anda berfikir untuk membawa anak-anak anda ke taman permainan, ianya lebih baik untuk betul-betul menjaga gerak-geri mereka di sana, kerana anda tidak mahu melihat mereka menjilat tangan mereka setelah memegang “Monkey bar” atau dinding batu yang ada di situ.

Sumber: http://www.womansday.com

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998