#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


5 Tips Kurangkan Lapar Ketika Berpuasa


 

oleh DietRez

  1. Pilih karbohidrat rendah indeks glisemia atau rendah ‘Glycaemic Index’ (GI).

Karbohidrat jenis ini mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam menjadi gula semulajadi. Kurma merupakan sumber karbohidrat yang rendah GI. Pilih beras basmati berbanding beras jasmin kerana ia lebih rendah GI. Karbohidrat yang kompleks kebanyakannya tinggi GI mengandungi fiber yang lebih tinggi dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Contohnya, kekacang, jagung dan keledek.

Kurma_4850

2. Hadkan pengambilan karbohidrat.

Pemakanan yang tinggi karbohidrat menyebabkan peningkatan produksi insulin, iaitu hormon yang diperlukan dalam penghasilan tenaga. Tetapi, aras insulin yang tinggi dalam badan membuatkan kita lebih lapar. Untuk megurangkan penghasilan insulin yang tinggi dalam badan, pastikan pemakanan yang seimbang dengan jumlah karbohidrat yang terhad.

Low_carb_food_pyramid2-500x600

3. Tingkatkan pengambilan sumber fiber.

Pastikan anda makan sumber buah-buahan dan sayur-sayuran ketika berbuka atau bersahur. Ia bukan sahaja tinggi dengan mineral dan vitamin tetapi kandungan serat atau fiber yang membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Ia juga bertindak sebagai pelawas. Sembelit merupakan masalah yang kerap dialami ketika berpuasa akibat kekurangan serat dan air dalam pemakanan.

eat-your-fiber1

4. Pastikan adanya sumber protein bersama karbohidrat.

Protein memberikan rasa kenyang yang lebih cepat berbanding karbohidrat. Contoh sumber protein ialah ikan, daging ayam, daging lembu dan kambing, makanan laut dan sumber susu. Pengambilan sumber protein sebanyak 150g pada waktu berbuka puasa atau iftar sangat disarankan.

High-protein-foods

5. Minum minuman yang kurang gula atau karbohidrat.

Minuman yang tinggi gula boleh membuatkan anda rasa dahaga dan seterusnya rasa lapar ketika berpuasa. Pastikan anda minum lebih air untuk mengelakkan kekeringan semasa berpuasa.

tumblr_o6e1ekdvXe1s1u0deo1_500

Selamat menjalani ibadah berpuasa.

*DietRez merupakan seorang pakar diet (dietitian) dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang kencing manis dan buah pinggang di UK. Beliau seorang pakar pemakanan bertauliah berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000 dan menjadi pakar diet berkelayakan dengan Ijazah Sarjana Pemakanan dan Dietetik dari Flinders University of South Australia, Adelaide pada tahun 2002. Mula berkhidmat sebagai seorang pakar diet di Hospital Pakar Ampang Puteri selama setahun sebelum menerima jawatan di England. Beliau kini bekerja untuk Hospital Universiti North Middlesex sebagai Pakar Dietetik Kencing Manis dan didaftarkan di bawah Healthcare Professional Council UK dan British Dietetics Association. Beliau juga merupakan seorang ahli aktif Renal Nutrition Group, Diabetes UK, London Diabetes Dietitian Network dan London Eating Disorder Group

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998