#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


EURO 2016: Perlawanan pusingan 16 terbaik dinantikan


 

Setelah tamatnya saingan kumpulan EURO 2016, pasukan-pasukan perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran lebih getir di pusingan 16 terbaik bermula hujung minggu ini.

Siapa bakal menjulang trofi berprestij itu? Perjalanan mereka pasti lebih menarik bermula dengan aksi-aksi menarik ini.

Itali lwn Sepanyol

Spain v Turkey - Group D: UEFA Euro 2016

Pertemuan final edisi lepad antara Itali dan Sepanyol pasti dilihat sebagai perlawanan paling menarik tatkala Itali bertekad untuk menebus kekecewaan pada 2012 ketika tewas 0-4 di tangan La Furia Roja.

Kali ini, keadaan tampak lebih seimbang disebabkan kedua-dua negara ini terpaksa menurunkan skuad yang lebih muda berbanding generasi emas empat tahun lalu. Tiada lagi Andrea Pirlo atau Xavi Hernandez, jadi siapa mampu muncul pemenang?

Ramalan: Itali 1-2 Sepanyol

Croatia lwn Portugal

Turkey v Croatia - Group D: UEFA Euro 2016

Croatia boleh dianggap sebagai salah satu pasukan paling memukaukan pada kejohanan ini dengan kehadiran duo Luka Modric (Real Madrid) dan Ivan Rakitic (Barcelona) di bahagian tengah memberi suntikan kreativiti dan magis yang sangat hebat. Croatia mencipta kejutan terbesar setakat ini ketika menewaskan Sepanyol 2-1 sekali gus menjuarai saingan Kumpulan D.

Manakala Cristiano Ronaldo pasti menjadi tumpuan utama bagi Portugal sama ada perkara positif mahupun negatif. Setelah mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik tanpa gaya yang diharapkan, pemenang Ballon d’Or tiga kali itu berdepan tugas yang berat untuk menyuntik semangat rakan sepasukan dalam perlawanan yang cukup penting.

Ramalan: Croatia 2-0 Portugal

France lwn Republic of Ireland

France v Romania - Group A: UEFA Euro 2016

Tuan rumah, Perancis mendominasi Kumpulan A dengan beberapa aksi menarik yang tidak mengecewakan ribu-ribuan penyokong yang mengisi stadium setiap hari. Sekiranya prestasi itu dapat dikekalkan apatidaknya pemain-pemain utama diberikan rehat pada pertemuan terakhir, Les Bleus boleh memasang impian tinggi tahun ini.

Biarpun Republic of Ireland dianggap pasukan underdog di peringkat ini, kemenangan 1-0 ke atas Itali membuktikan mereka mampu mencipta kejutan di pentas terbesar. Kali ini, kejutan terbesar harus dilakukan lawan tuan rumah untuk memastikan perjalanan mereka berterusan.

Ramalan: Perancis 2-0 Republic of Ireland

Wales lwn Northern Ireland

Russia v Wales - Group B: UEFA Euro 2016

Pemain-pemain Wales adalah tulang belakang pasukan manakala penjaring terbanyak Gareth Bale (3 gol) dan Aaron Ramsey (2 assist) merupakan sumber magis bagi setiap perlawanan. Wales bermula kejohanan sebagai underdog namun kini mereka dianggap sebagai antara pasukan kegemaran dan itu membuktikan kebangkitan mereka dalam arena bola sepak.

Satu lagi pasukan underdog yang berjaya meraih slot di pusingan 16 terbaik iaitu Ireland Utara. Biarpun tewas dalam 2/3 perlawanan setakat ini, pasukan itu boleh berbangga dengan prestasi benteng pertahanan yang hanya dibolosi satu gol menentang Poland dan juara dunia, Jerman. Rekod disiplin dan pertahanan boleh memainkan impak besar namun apakah mereka mampu menyekat haluan Wales?

Ramalan: Wales 1-0 Ireland Utara

Jerman lwn Slovakia

Russia v Slovakia - Group B: UEFA Euro 2016

Juara dunia, Jerman boleh dikatakan belum menemui rentak yang sebenar disebabkan pengurus pasukan masih belum tahu skuad utamanya akibat rombakan pasukan yang sering dilakukan. Perlu diingatkan bahawa pasukan Jerman ini amat berbeza dengan pasukan yang menjuarai kejohanan Piala Dunia di Brazil 2014, namun mereka masih dibintangi pemain-pemain handal.

Slovakia yang diketuai perancang utama, Marek Hamsik telah memberi sinar kepada saingan tahun ini dan beraksi seperti pasukan yang tiada sebarang ketakutan dan kemenangan ke atas Jerman tidak mustahil sekiranya prestasi dapat dikekalkan. Pertemuan ini menjaminkan aksi yang cukup sengit.

Ramalan: Jerman 2-3 Slovakia

Switzerland lwn Poland

Ukraine v Poland - Group C: UEFA Euro 2016

Switzerland berhak layak ke peringkat ini dengan barisan pemainnya dianggap generasi emas untuk memberi impak yang besar bagi tahun-tahun yang akan datang. Namun mereka perlu menaikkan lagi taraf mereka sekiranya ingin melepasi penghalang seterusnya.

Selagi Robert Lewandowski cergas di jentera serangan, dan pemain dua jantung Gregorsz Krychowiak mampu terus berlari di bahagian tengah, jangan memperlekihkan Poland kerana mereka mempunyai harapan cerah dalam kejohanan ini. Keadaan perlawanan ini agak seimbang dan hanya akan dibezakan oleh detik yang menakjubkan.

Ramalan: Switzerland 1-2 Poland

Hungary lwn Belgium

Sweden v Belgium - Group E: UEFA Euro 2016

Mungkin tidak ada sesiapa yang menjangkakan Hungary untuk layak ke saingan EURO 2016, apatah lagi layak ke pusingan kalah mati. Mereka membuktikan usaha dan kerja kerasa pasukan yang tidak mempunyai bintang-bintang ternama mampu memberi tentangan hebat.

Belgium memulakan kejohanan dengan langkah kiri namun mereka tampak sudah menemui rentak mereka dan dianggap sebagai kuasa besar dalam kejohanan ini. Bekas negara No.1 dunia dalam bolasepak itu perlu membuktikan generasi emas mereka mampu mencipta kejayaan besar kali ini.

Ramalan: Hungary 0-3 Belgium

England lwn Iceland

Iceland v Austria - Group F: UEFA Euro 2016

England, England… Satu lagi kejohanan yang kurang memuaskan walaupun berwajah baru. England perlu mencipta keajaiban menjulang piala pada akhir kejohanan untuk menyelamatkan posisi Roy Hodgson selaku pengendali Three Lions dan tidak ada sesiap yang percaya ia mampu berlaku. Namun pada pertemuan ini, kemenangan ke atas Iceland akan sekurang-kurangnya memberikan motivasi yang amat diperlukan England.

Iceland mencipta keajaiban ketika mengesahkan slot di kejohanan EURO 2016 dan mereka tidak boleh diketepikan dengan begitu mudah sahaja. Kadangkala England bergelut bawah tekanan apabila berdepan pasukan yang jarang dijumpai, jadi Iceland mempunyai harapan cerah untuk melakar kejutan.

Ramalan: England 1-2 Iceland

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998