#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Jelajah skuad hoki tamat tanpa sebarang kemenangan


 

Kredit Imej: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM)

Baru-baru ini, skuad hoki negara mengadakan satu jelajah persahabatan di Jepun di mana The Speedy Tigers mengharungi enam perlawanan di Jepun sebagai aksi pemanas badan.

Keputusannya? 4 kalah, 2 seri dan tiada kemenangan. Diharapkan anak buah Stephen van Huizen mempertajamkan lagi penyudah dan memperbaiki lagi corak permainan agar Malaysia boleh terus mengembang dalam arena sukan.

Lebih mengecewakan, Malaysia bertemu lawan yang sama, iaitu ‘Samurai Japan’ pada keenam-enam perlawanan tersebut. Keputusan itu amat membimbangkan tatkala skuad negara sepatutnya sudah mengenali cara permainan pihak lawan mereka dan sekurang-kurangnya dapat satu kemenangan.

Apakah negara Jepun sudah memintas bakat Malaysia? Jepun membelasah Malaysia 5-1 dan 3-1 satu dalam dua perlawanan pertama. Malaysia berjaya ikat Jepun 1-1 sebelum tewas 4-3 dalam perlawanan ke-3/4. Akhir sekali, Jepun tundukkan Malaysia 2-1 sebelum diikat seri 1-1 pada perlawan terakhir

Kini, Van Huizen dalam proses mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi cabaran Piala Juara Asia di Kuantan, Pahang bermula 19-29 Oktober, nanti. Antara negara yang terbabit adalah Pakistan, India, Korea Selatan, Jepun dan China.

Artikel Berkaitan