#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Betul Ke Radiasi Boleh Memberikan Anda ‘Superpower’?


 

Kebiasaannya dalam buku-buku komik, kita dapat tahu yang kebanyakan daripada wira-wira mereka mendapat kuasa daripada pendedahan kepada radiasi.

Contohnya, Peter Parker mendapat kuasanya setelah digigit oleh labah-labah radioaktif. Matt Murdock, yang dikenali sebagai Daredevil, mendapat kuasanya setelah disimbah dengan jus radioaktif dan membuatkannya boleh mendengar melalui dinding.

Walau bagaimanapun, anda mungkin akan kecewa, kerana menurut sebuah video baru dari American Chemical Society’s Reactions, mereka telah menekankan bahawa senario seperti itu adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.

18e8efbc-1735-4e21-9ab6-ea6704f306bf

Video itu menjelaskan bahawa untuk memperoleh kuasa-kuasa luar biasa, anda memerlukan tempat yang penuh dengan sinaran yang bertenaga tinggi. Dan tempat seperti itu hanya ada pada  600 hingga 12,000 batu di luar bumi di kawasan tali pinggang radiasi Van Allen.

Jika tahap tenaga yang ada di situ cukup kuat, ia boleh melalui halangan yang pejal, seperti kulit kita, dan menyebabkan perubahan kepada DNA kita.

Dan Claes, seorang pakar fizik di University of Nebraska telah menjelaskan dalam video Reaksi itu, bahawa dalam kebanyakan cerita superhero, kesan daripada mutasi itu akan menyebabkan seseorang itu mendapat kebolehan yang luar biasa, tetapi menurut beliau keadaan seperti itu adalah sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku di dunia sebenar.

Claes menjelaskan bahawa halangan utama bagi isu ini adalah kerana badan manusia mempunyai jumlah sel-sel yang terlalu tinggi.

Untuk watak wira “The Human Torch” yang mendapatkan keupayaannya untuk bertukar menjadi bola api, bermakna kesemua 75 trilion sel dalam badannya perlu berubah dengan cara yang sama.

Dan ini sangat mustahil kerana walaupun seseorang itu telah melalui kawasan tali pinggang radiasi Van Allen sekalipun, itu masih tidak dapat dijamin akan berlaku.

Kesimpulannya, video itu telah menerangkan bahawa radiasi tidak akan dapat membuatkan anda bertukar menjadi sama ada ‘superhero’ mahupun ‘supervillain’. Jadi, dengan kajian ini, kami harap telah menjawab persoalan anda mengenai isu ini.

Sumber: www.pbs.org

Artikel Berkaitan