#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Produk Pencuci Boleh Buat Sendiri Di Rumah?


 

Jawapan bagi soalan itu adalah: Ya, betul! Kini, anda tidak perlu lagi susah-payah ke kedai untuk membeli produk pencuci dan yang paling penting sekali, anda boleh menyimpan duit itu untuk keperluan lain. Jangan risau tentang perlu membeli bahan-bahan utama yang anda perlukan untuk membuat produk pencuci ini kerana kesemuanya mungkin sudah ada di dapur anda!

Berikut adalah antara jenis-jenis pencuci yang anda boleh buat sendiri di rumah:

  1. Pencuci bahan-bahan kaca

 5509304161e59-lemons-cleaning-de-7041978

  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/4 cawan alkohol (70% kepekatan)
  • 1-2 titik pati minyak oren untuk membuatnya baunya wangi (pilihan)

Cara penggunaan:

Campurkan bahan-bahan dan simpan dalam botol semburan. Semburkan pada tisu atau kain yang lembut dahulu, kemudian pada kaca. Tips: Jangan gunakan pada tingkap yang panas kerana solusi itu akan kering terlalu cepat dan meninggalkan banyak kesan jalur-jalur yang tidak diingin.

2. Pencuci kotoran degil pada permukaan keras

 Spring cleaning Fotolia_60483986 © geografika

  • Setengah lemon
  • 1/2 cawan boraks

Cara penggunaan:

Celup lemon ke dalam boraks dan gosok permukaan yang ada kotoran degil seperti, singki dan tub mandi anda; kemudian bilas. (Tidak selamat untuk digunakan pada marmar atau granit.)

 

  1. Pencuci gris atau minyak

 ABERRAL-139004

  • 1/2 cawan ammonia sudsy campur dengan air yang mencukupi untuk mengisi bekas yang sebesar satu gelen. (Ammonia Sudsy, yang mempunyai bahan pencuci di dalamnya, membantu membuang kotoran yang degil.)

Cara penggunaan:

Celupkan span atau mop dalam larutan tadi dan lap atas permukaan, kemudian bilas kawasan itu dengan air jernih.

  1. Pencuci serbaguna

 55093041968c4-baking-soda-mixture-de

  • 4 sudu baking soda
  • 1 liter air suam

Cara penggunaan:

Tuangkan solusi itu pada span yang bersih dan lap kawasan atau alatan yang kotor. Contohnya kaunter dapur, peralatan dapur, dan dalam peti sejuk anda. Kemudian bilas dengan air.

  1. Pencuci kotoran pada baju atau kain

Borax

  • 1 gelen air panas
  • 1 cawan serbuk bahan pencuci baju
  • 1 cawan cecair peluntur klorin (bukan ultra atau pekat)

Cara penggunaan:

Campurkan bahan-bahan dan tuangkan ke dalam keluli tahan karat, plastik, atau mangkuk enamel (bukan aluminium). Rendam pakaian anda selama 15 hingga 20 minit. Jika kesan kotoran masih ada, biarkan ia menyerap bahan pencuci itu lebih lama, kemudian basuh pakaian seperti biasa.

 

 

  1. Pencuci mesin pencuci pinggan mangkuk

 image37

  • 1/4 cawan lemon serbuk atau serbuk minuman oren
  • detergen

Cara penggunaan:

Untuk menghilangkan karat dari dalam dinding, tuangkan serbuk (yang mengandungi asid sitrik atau kristal asid sitrik) ke dalam cawan detergen dan kemudian mulakan kitaran mesin itu seperti biasa. Ulang proses ini jika perlu.

 

 

  1. Pencuci bahan daripada tembaga

 550930424d73e-lemon-salt-de

  • Cuka putih atau jus lemon
  • garam

Cara penggunaan:

Basahkan span dengan cuka atau jus lemon, kemudian taburkan garam. Sapu di atas permukaan yang perlu. Bilas dengan air, kemudian segera keringkan dengan kain lembut yang bersih.

 

 

  1. Pencuci marmar

 Cleaning

  • Satu atau dua titik cecair pencuci pinggan mangkuk yang sederhana (bukan yang berbau sitrus)
  • 2 cawan air suam

Cara penggunaan:

Campurkan bahan pencuci dengan air. Gunakan span dan lap di atas permukaan marmar dan bilas untuk menghapuskan sebarang kesan sabun. Untuk mengeringkannya, sapu dengan kain yang lembut; jangan biarkan marmar itu kering dengan udara.

Awas: Jangan sekali-kali menggunakan cuka, lemon, atau mana-mana pembersih berasid lain pada marmar atau permukaan ini, kerana ia akan masuk ke dalam batu dan menghakis marmar itu.

TIP KESELAMATAN: Jangan sekali-kali menggabungkan pembersih yang berasaskan ammonia dengan peluntur klorin atau produk yang mengandungi peluntur, seperti serbuk pencuci mesin pencuci pinggan mangkuk. Ini kerana, wasap yang mereka hasilkan adalah amat berbahaya. Sebelum membuat apa-apa campuran, baca label pada produk itu terlebih dahulu.

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/home/cleaning/tips/a24885/make-at-home-cleaners/

Artikel Berkaitan

Post Tags