#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Trik Untuk Dapatkan Setiap Produk Anda Hingga Ke Titisan Yang Terakhir


 

Bayangkan senario ini: anda lewat untuk ke tempat kerja, dan ketika anda ingin mandi dan memberus gigi, ubat gigi anda hanya tinggal sedikit sahaja lagi dan untuk keluarkan ubat gigi yang terakhir itu adalah sangat sukar, akhirnya anda memutuskan untuk putus asa dan pergi ke tempat kerja dengan tidak menggosok gigi.

Menyakitkan hati bukan situasi seperti ini? Tapi jangan risau, kerana kami ada jalan penyelesaian untuk anda dapatkan setiap titisan terakhir ubat gigi, sos tomato, mascara (dan macam-macam lagi) dan anda tidak lagi perlu membazir!

  1. Peanut butter : Buat sarapan pagi

 How_To_Get_Every_Last_Drop_peanutbutter

Untuk betul-betul menghabiskan peanut butter anda, apa yang anda perlu buat adalah, tuangkan oat dan susu ke dalam balang dengan kuantiti yang sama banyak. Tambahkan ¼ cawan yogurt Greek, ½ pisang yang sudah dihiris, dan sedikit serbuk kayu manis dan gula secukup rasa. Goncang dan sejukkan dalam peti ais semalaman. Pada keesokkannya, anda boleh menikmati sarapan yang sangat enak!

2. Minyak zaitun: Buat sos salad

How_To_Get_Every_Last_Drop_oil

Jika terdapat sikit lagi minyak zaitun dikeliling botol, apa yang anda boleh buat adalah, buat sos salad yang baru. Masukkan cuka dan herba seperti thyme atau selasih ke dalam botol. Goncang untuk campurankan kesemua bahan dan tuangkan terus pada sayur-sayuran anda.

  1. Ubat gigi: Gunakan rolling pin

 How_To_Get_Every_Last_Drop_toothpaste

Sudah penat cuba picit kesemua ubat gigi anda keluar daripada tiubnya? Gunakan rolling pin dan gelek keseluruh tiub untuk mendapatkan ubat gigi terakhir yang tinggal di dalam tiub itu.

  1. Sos tomato: Masukkan straw ke dalamnya

 How_To_Get_Every_Last_Drop_Ketchup

Masukkan straw sehingga ia mencapai bahagian bawah botol kaca itu, kemudian keluarkannya. Straw itu akan menghasilkan poket udara ke dalam botol itu dan ini akan membantu sos tomato anda untuk keluar dengan lebih mudah.

5. Mascara: Masukkan sedikit eye drop

How_To_Get_Every_Last_Drop_Mascara

Jika mascara anda mula mengering, tambahkan 2-5 titik eye drop ke dalam tiub mascara anda. Tutup tudungnya kembali, goncang, dan guna berusnya untuk campurkan semua produk itu. Baki maskara anda akan mudah untuk digunakan dan tidak lagi keras.

Sumber: www.rd.com/advice/saving-money/get-last-drop-favorite-products

Artikel Berkaitan

Post Tags