#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Kasut Senang Rosak? Ini Cara-cara Untuk Buatnya Lebih Tahan Lama


 

Pernahkah anda alami situati di mana anda telah berbelanja sebanyak beratus-ratus ringgit atau dollar untuk  sepasang kasut, dan ia hanya tahan selama 1 bulan? Jika pernah, kami ada beberapa cara untuk selamatkan anda daripada terpaksa mengharungi situasi yang sama ini buat kali yang kedua.

  1. Segera jadikan kasut anda ‘kalis air’

 02-genious-way-shoes-protect

Sebelum anda memakai kasut baru anda keluar, semburkan sebatian kalis air pada mereka terlebih dahulu. Untuk kasut lelaki, cuba sembur produk itu pada bahagian lidah kasut (yang tersembunyi di belakang tali kasut), dan bagi kasut tumit wanita, semburnya  pada hujung belakang kasut di sebelah yang paling dekat dengan ibu jari kaki anda. Setelah anda yakin dengan produk kalis air itu, baru lah semburnya ke seluruh kasut anda. Ulang rutin ini sekali sebulan.

2. Pakai kasut yang sesuai dengan cuaca

09-genious-way-shoes-boot-soles

Jika ia sepatutnya hujan atau salji pada hari itu, pakai kasut yang sesuai — walaupun kasut anda telah disembur dengan produk kalis air, jangan yang fikir ia akan kukuh 100% dalam cuaca yang teruk. Jika anda terperangkap dalam hujan lebat yang tidak dijangka, hilangkan kelembapan yang berlebihan dan jaga bentuk kasut anda dengan memadatkan mereka dengan surat khabar sebaik sahaja anda tiba di rumah. Elak daripada meletakkan kasut anda berhampiran dengan radiator atau sumber haba, kerana ia akan mengeringkan mereka terlalu cepat dan meningkatkan peluang untuk berlakunya keretakan pada kulit kasut anda.

 

 

  1. Hentikan but anda dari menjadi ‘layu’

04-genious-way-shoes-legs-boots-1

Jaga bentuk but anda dengan menyimpannya dengan menyumbat surat khabar (atau benda lain) di dalamnya, atau dengan meletakkan mereka rata. Dengan melakukan ini, ia akan menjaga mereka daripada menjadi kendur dan kusut di bahagian buku lali. Simpan jenis kasut lain di rak kasut dengan ruang yang cukup di antara setiap kasut supaya mereka tidak bersentuhan, kerana itu akan membawa kepada pemindahan warna yang tidak diingini.

 

 

  1. Elak daripada pakai kasut yang sama setiap masa

 05-genious-way-shoes-flats-red-pumps

Wujudkan satu kitaran dan elakkan daripada memakai sepasang kasut yang sama dua hari berturut-turut. Sama seperti bra dan beg gimnasium, mereka memerlukan masa untuk membebaskan udara keluar dan mendapatkan semula bentuknya.

 

 

5. Jangan biarkan mereka menjadi pudar

06-genious-way-shoes-man-polish

Pastikan kasut kulit anda dalam keadaan baik dengan menggilap mereka sebaik sahaja mereka mula kelihatan kusam. “Penggilap berkrim, dalam warna neutral, adalah yang terbaik untuk menggilap kasut anda kerana lilin boleh mengeringkan kulit,” Joe Rocco, pemilik Jim’s Shoe Repair di New York City. Untuk menyembunyikan calar, gunakan krim yang bewarna lebih cerah daripada kasut anda.

 

6. Ucapkan selamat tinggal kepada tompok-tompok putih

07-genious-way-shoes-boots-stain

Jika but kulit anda mempunyai tompok-tompok putih yang keruh, buang mereka dengan menggunakan campuran yang mempunyai satu bahagian cuka, tiga bahagian lagi air. Celupkan tuala kecil ke dalam adunan itu dan lap atas permukaan kasut sehingga kotoran itu hilang. Biarkan kasut itu kering dengan sendiri (makna, tidak menggunakan pengering rambut pada mereka atau jemur mereka di hadapan radiator).

 

 

  1. Gunakan bedak bayi

08-genious-way-shoes-baby-powder

Jika anda tertumpahkan sesuatu yang berminyak pada kasut anda, taburkan bedak bayi dan ia akan menyerap kotoran tersebut, menurut Good Housekeeping.

8. Gunakan penggilap kuku untuk membaiki apa-apa kerosakan

10-genious-way-shoes-nail-polish

Untuk membuang kotoran dari jalur getah di bahagian bawah kasut anda, cari pembersih penggilap kuku dan berus kuku. Pertama sekali, cuba untuk keluarkan kotoran tersebut dengan menggunakan berus kuku yang dicelup dalam sabun dan air. Jika itu tidak berkesan, celup berus dalam pembersih penggilap kuku dan cuba lagi. Jika terdapat calar kecil pada kasut kulit anda, sembunyikan calar itu dengan sedikit penggilap kuku dalam warna yang sepadan.

 

 

  1. Dapatkan bantuan profesional

 11-genious-way-shoes-cobbler-repair

Tukang kasut tempatan anda mungkin boleh membaiki atau memberi nasihat tentang banyak masalah pembaikan kasut untuk anda. Kebanyakan daripada mereka boleh membaiki tapak yang licin, tumit yang patah atau tumit tumpul, insoles yang keras, berbau, dan macam-macam lagi.

 

 

 

Sumber: www.rd.com/home/cleaning-organizing/make-shoes-last-longer/

 

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998