#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Kerjaya Umpama Askar Yang Mempertaruhkan Nyawa Demi Sekeping Gambar Cantik


 

RK-Muzaffarnagar01-A-woman-at-the-government-hosiptal-who-got-injuries-by-bullet-shells-during-the-clash-at-Muzaffarnagar-UP-on-Sept-9th-2013.-Express-photo-by-RAVI-KANOJIA.-

Wartawan foto perlu tahu had di antara berkorban demi gambar yang cantik dengan mengorbankan nyawanya sendiri.

Robert Capa, merupakan seorang jurugambar perang lagenda yang telah membuat liputan Perang Dunia II dan Perang Saudara Sepanyol.

Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia ketika melaporkan perang Indochina Perancis di Vietnam, selepas dia terpijak periuk api di situ.


Kematiannya ditangisi oleh rakan sekerjanya iaitu Marc Riboud yang berkata, “Capa mempunyai masa hadapan yang lebih jauh lagi dan masih banyak perkara yang beliau tidak sempat lakukan”.

Walaupun perkara ini sememangnya tragis, ia tetap dianggap sebagai sesuatu yang bukan luar biasa. Hal ini kerana, sejak beberapa dekad lalu, puluhan wartawan foto telah meninggal dunia di tempat kerja – kebanyakannya ketika sedang membuat liputan bagi peperangan dan konflik ganas.

Pada tahun 1989, Sanjeev Premi, wartawan foto kepada The Times of India, secara tidak sengaja terkena kejutan elektrik ketika dia berdiri di atas sebuah koc kereta api untuk mengambil gambar Perdana Menteri pada ketika itu, Rajiv Gandhi di Aligarh.

Baru-baru ini, Ravi Kanojia, wartawan foto muda yang bekerja untuk The Indian Express, bertemu nasib yang sama semasa mengambil gambar kereta api air pegun di Jhansi.

RK-Muzaffarnagar02-1

Persoalan utama bagi isu ini adalah: Sejauh manakah mereka harus pergi untuk mendapatkan gambar yang “sempurna” itu?

Sondeep Shankar, editor untuk gambar, di Deccan Chronicle, mempunyai jawapan yang mudah bagi persoalan itu: Dia berpegang kepada prinsip di mana bagi dia, tiada satu gambar pun, tidak kira betapa pentingnya ia, adalah lebih bernilai untuk merisikokan nyawa sendiri.


Beliau menceritakan pengalaman di mana beliau hampir ditimpa kematian yang membawa beliau kepada pemikirian begitu:

Pada musim bunga tahun 1983, ketika itu beliau di Kuil Emas di Amritsar dan sedang cuba untuk mengambil gambar seorang lelaki Sikh yang sedang membaca “Guru Granth Sahib”.

Menyedari perkara ini, lelaki itu dengan agresifnya telah mengancam untuk membunuhnya.

Ia hanya apabila Bhrindenwala, seorang pemimpin agama Sikh yang ada di situ, telah campur tangan dan membuatkan beliau berjaya melepaskan diri daripada cengkaman lelaki itu. Beliau kemudian mendapat tahu bahawa lelaki itu adalah seorang militan Khalistani.

Kenapa begitu ramai wartawan foto terus meletakkan diri mereka dalam bahaya?

Selalunya, ini disebabkan oleh sikap terlalu yakin mereka yang percaya bahawa diri mereka kebal dan tidak sedar kepada bahaya yang wujud dalam persekitaran di mana mereka bekerja.

Sebagai contoh, pada tahun 2000, Pradeep Bhatia, seorang wartawan foto bagi Hindustan Times, meninggal dunia dalam letupan kereta dan bom di Srinagar.

Ramai wartawan tempatan kemudian memberitahu bahawa mereka telah diberi amaran tentang bom itu dan supaya menjauhkan diri, tetapi Bhatia enggan berbuat demikian.

Capa_Death_of_a_Loyalist_Soldier.-On-the-Cordoba-front-during-the-Spanish-Civil-War-a-Loyalist-fighter-is-killed-in-action-in-September-1936.
Apa yang perlu dilakukan bagi mengurangkan kes-kes seperti ini?

Satu lagi sebab terhadap perbuatan melulu mereka ini adalah mungkin kerana tekanan terhadap editorial.

Wartawan foto dijangka mendapat satu rakaman yang eksklusif. Namun begitu, untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini, mereka haruslah pandai menandingi tekanan ini.

Penerbitan perlu menyediakan latihan dan bimbingan tambahan, kerana kebanyakan wartawan foto memasuki bidang ini dengan tidak terlatih dan mula belajar di tempat kerja itu sendiri, yang membuatkan mereka lebih terdedah kepada risiko profesion mereka.

Walaupun latihan boleh menyumbang ke arah menjadikan profesion ini lebih selamat, ia bagaimanapun tidak boleh menjaminkan apa-apa. Ini kerana keputusan yang membawa kepada bahaya biasanya diambil oleh wartawan foto itu sendiri.

Ron Haviv, seorang jurugambar perang kontemporari, mengakui ini dengan mengatakan “Secara peribadinya, saya cuba untuk mengurangkan risiko dalam usaha saya untuk mengambil gambar yang paling sempurna. Saya sangat percaya bahawa tiada sebarang foto pun bernilai untuk saya merisikokan nyawa saya sendiri. Saya mahu hidup untuk mengambil gambar lagi.”


Kesimpulannya, wartawan foto haruslah menunjukkan pemahaman yang lebih mendalam tentang persekitaran mereka dan mengenai kematian mereka sendiri.

 

 

Sumber: http://thewire.in/2016/05/21/the-cost-of-the-perfect-shot-37306/

Artikel Berkaitan