#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Karier Sebagai Ahli Politik: Kepentingan Sokongan Keluarga


 

Bagai “air dicincang tidak akan putus” – itulah satu perumpamaan yang paling tepat untuk menggambarkan makna “keluarga”, kerana hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walaupun selepas mengalami pertelingkahan.

Sokongan moral daripada keluarga merupakan antara elemen terpenting untuk kita menghadapi kehidupan yang penuh dengan cacamerba ini. Tidak kira apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan, sokongan mereka inilah yang akan menentukan sama ada kita akan terus maju ke hadapan atau mundur kebelakang.

keluarga-bahagia1-1.jpg

Gambar sekadar hiasan

Antara kepentingan sokongan keluarga terhadap seseorang individu itu adalah:

1. Memberi keyakinan bahawa setiap anggota keluarga akan sentiasa berada di sisi pada masa susah atau senang.

2 .Menyuburkan kasih sayang antara anggota.

3. Memberi kestabilan emosi kepada anggota keluarga yang menghadapi masalah atau kekeliruan dalam membuat pilihan.

4. Dapat memberi panduan dan tunjuk ajar berguna untuk menyelesaikan masalah.

(Sumber: www.http://shyariyanti.blogspot.my/2015/01/tema-2.html)

Di dalam dunia ini, tiada satu pun pekerjaan yang mudah. Setiap pekerjaan pasti ada cabaran dan halangannya tersendiri, di mana kita harus hadapinya dengan penuh sabar dan cekal. Dalam ruangan kali ini, kami memberi fokus terhadap pekerjaan sebagai seorang ahli politik.

perdana-menteri-malaysia.jpg

6 Perdana Menteri Malaysia – Sumber: dailyrakyat.com

Anda mungkin mempunyai pandangan bahawa bekerja sebagai ahli politik adalah satu perkara yang mudah dan menguntungkan. Tetapi, tahukah anda bahawa tanggungjawab seseorang ahli politik itu sangat berat dan besar? Anda juga harus ingat bahawa di dalam dunia politik, keadaan tidak kekal dan sentiasa berubah-berubah.

Ia tidak semudah yang disangka kerana seseorang ahli politik itu harus menjalankan tanggungjawab dengan amanah demi kesejahteraan rakyat dan pada masa yang sama, mereka juga akan mempunyai ramai musuh yang sanggup menjatuhkan mereka melalui apa cara sekalipun. Justeru itu, sekiranya mereka tersilap langkah, mereka harus bersedia untuk menghadapi pelbagai kritikan dan juga cemuhan daripada orang ramai.

Bercakap tentang sokongan moral keluarga, kita boleh mengambil contoh keadaan yang dihadapi oleh Datin Mastura Mohd. Yazid, isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il yang kini menjadi calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar 2016 yang akan diadakan pada 18 Jun tidak lama lagi.

Kehilangan seseorang yang tersayang merupakan satu perkara yang amat memedihkan. Walaubagaimanapun, Datin Mastura telah dikurniakan 4 orang anak yang sentiasa memberinya semangat dan sokongan moral demi menjalankan tanggungjawab dalam meneruskan legasi arwah suaminya untuk berjasa kepada rakyat.

13102666_1607415966244167_5224176163727064341_n

Datin Mastura bersama 4 orang anaknya ketika pengebumian Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il – Sumber:Facebook Suara Perak

Memetik laporan Sinar Harian, Datin Mastura yang berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa membezakan fahaman politik.

“Datin Mastura sering menemani arwah suaminya (Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad) apabila berjumpa dengan rakyat. Apabila sesiapa jatuh sakit, mereka berdua tidak pernah lupa meluangkan masa menjenguk dan memberikan bantuan”, kata Zalihaha Mat Kasa, 69, seorang penduduk dari Kampung Kepala Bendang.

Selain itu, pada Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 yang telah berlangsung pada bulan lalu, kami juga telah mendapat kesempatan untuk mengadakan satu sesi temubual eksklusif bersama Datuk Paduka Hajah Sharifah Mordiah Binti Tuanku Fauzi, seorang bekas Menteri Muda di Sarawak, yang juga ibu kepada calon Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan N7 Samariang, Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali, untuk mengetahui bagaimana beliau memberi sokongan kepada anaknya yang dipilih untuk menjadi wakil rakyat.

4.jpg

Sharifah Mordiah bersama anaknya, Sharifah Hasidah – Sumber: jiwabakti.com.my

Ketika sesi temu bual tersebut, Sharifah Mordiah menceritakan perasaannya ketika pertama kali anaknya dipilih untuk menjadi calon DUN kawasan Samariang pada tahun 2006.

“Waktu itu, memang saya rasa terkejut dan pada masa yang sama, ia satu penghargaan daripada YAB Ketua Menteri, kerana saya tidak menduga bahawa anak saya akan dipilih untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” kata beliau.

Menurut Sharifah Mordiah, anaknya bekerja sebagai seorang peguam dan masih tiada pengalaman dalam bidang politik ketika pertama kali dilantik. Tetapi, walaupun tidak mempunyai pengalaman, Sharifah Hasidah mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang cukup luas tentang selok belok politik hanya dengan melihat pengalaman ibunya sendiri.

111.jpg

Sharifah Mordiah (Tengah) bersama Menteri Pelancongan Dan Perumahan Sarawak, Datuk Amar pada suatu ketika dahulu – Sumber: www.jiwabakti.com.my

“Memang dia bukan ‘politician’. Dia adalah seorang peguam yang mempunyai ‘advocate-nya’ sendiri. Tetapi, pada masa yang sama, mereka telah faham dengan lebih dekat tentang politik.

“Dia banyak melihat pada pengalaman saya sebagai seorang ‘politician’. Jadi, dia tidak berasa asing apabila dilantik menjadi seorang YB kerana ‘environment’ keluarga kami memang suka dengan masyarakat”, kata Sharifah Mordiah.

Pada masa yang sama, beliau turut memanjatkan rasa syukur terhadap ilahi kerana anaknya dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Pix-31.jpg

Sharifah Hasidah bersama Skuad Sayang Samariang – Sumber: www.jiwabakti.com.my

“Alhamdulillah, dengan adanya beliau dipilih menjadi calon, apa yang saya syukur ialah beliau dapat menjalankan tugas kerana mengikut pengalaman saya, hendak menjadi calon ini bukan sesuatu perkara yang mudah. Ini merupakan satu tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada wakil rakyat.

 

“Oleh kerana kegigihan, keyakinan, dan sokongan daripada keluarga dan masyarakat, beliau (Sharifah Hasidah) dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik sehingga kini,” ujar beliau lagi.

 

IMG-20141205-WA009-300x225.jpg

Sharifah Hasidah menziarahi saudara mualaf yang menghidapi kanser – Sumber: www.wanitapbb.my

 

Dalam pada itu, Sharifah Mordiah turut menekankan bahawa sokongan keluarga memainkan peranan penting dalam melahirkan seorang pemimpin yang berjaya.

“Kalau nak jadi pemimpin yang berjaya, keluarga mestilah menjadi tulang belakang. Kalau tidak memang susah,” katanya.

Kesimpulannya, sokongan daripada keluarga telah terbukti memainkan peranan yang amat besar dalam membolehkan seseorang individu itu memperoleh kejayaan di dalam kehidupannya. Maka dengan itu, janganlah sesekali kita mengabaikan mana-mana ahli keluarga kita, kerana orang lain mungkin tidak mampu memberi semangat seperti mana yang kita berikan kepada mereka.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998