#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Netflix dapat hak ekslusif penstriman filem Disney


 

Bermula September 2016, kesemua filem bawah naungan Disney boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi penstriman video terkenal, Netflix.

Memang benar filem kegemaran anda seperti Finding Nemo, Toy Story dan The Jungle Book antara filem yang dimaksudkan.

Tetapi, tahukah anda francais Star Wars dan Marvel Comics juga dibawah naungan Disney? Ya, anda juga boleh menonton kesemua filem seperti Captain America: Winter Soldier dan filem Star Wars: The Force Awakens juga.

Jalinan kerjasama ini tidak bermaksud anda boleh strim filem tersebut sejurus tayang perdana di pawagam namun ia menjadikan Netflix sebagai laman utama untuk menonton filem itu tanpa sebarang gangguan.

 

Sumber: http://www.cnet.com/news/disney-netflix-exclusive-september/?#ftag=CAD590a51e

Artikel Berkaitan