#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


LCD, OLED dan AMOLED: Perbezaan yang perlu diketahui


 

Sama ada ia membabitkan telefon pintar, tablet, televisyen, komputer mahupun kamera anda, skrin merupakan aspek teknologi yang paling mustahak kerana ia membenarkan kita melihat sesuatu visual dengan mata sendiri.

Namun, jenis skrin digunakan merupakan satu perkara yang tidak diberi perhatian yang cukup. Ironinya, ia merupakan bahagian yang kami paling dilihat setiap hari.

Sebelum anda mempelajari kualiti dari segi resolusi seperti HD, QHD, 4K dan 8K, perlulah anda mengetahui fungsi teknikal terlebih dahulu.

Disini, penulis ingin menerangkan fungsi, kebaikan dan keburukan tiga skrin popular hari ini iaitu paparan LCD, OLED dan AMOLED.

Liquid Crystal Display (LCD)

LCD_Works

LCD merupakan teknologi yang paling lama antara ketiga-tiga skrin tersebut. LCD terdiri daripada beberapa kristal cecair yang diterangi oleh cahaya latar pendarfluor.

TFT LCD: Lebih popilar dalam kalangan telefon pintar murah dan memaparkan kualiti imej yang lebih tinggi berbanding 10 tahun dahulu, namun kadangkala menggunakan kuasa yang lebih tinggi.

IPS LCD: Lebih mahal berbanding TFT, IPS LCD terdapat dalam kebanyakan gajet yang ‘high-end’ dan memberi gambar yang jelas walaupun dari sisi yang berbeza dan ianya tidak menggunakan kuasa yang tinggi.

Pro
-Kualiti meningkat bawah cahaya matahari
-Penggunaan kuasa yang lebih konsisten dan tidak menjejaskan warna pada skrin

Kontra
-Warna hitam muncul lebih kelabu, warna sedikit pudar
-Kualiti gambar keseluruhan yang agak rendah

Organic Light Emitting Diode (OLED)

OLED_Struct

Ia merupakan teknologi paparan filem nipis yang mengandungi OLED, bahan organik yang mengeluarkan cahaya apabila arus dialirkan melaluinya.

OLED memaparkan warna hitam yang lebih baik dan menggunakan kuasa yang lebih rendah apabila memaparkan warna-warna yang lebih gelap disebabkan OLED sentiasa tutup melainkan ia dihidupkan oleh pengguna.

Active Matrix Light Emitting Diode (AMOLED)

AMOLED_Scheme

Masih di anggap adik-beradik kepada OLED namun ia memberi perhatian kepada setiap pixel supaya dapat menghasilkan gambar yang lebih tajam. Terdapat berjuta-juta pixel dalam sebuah skrin, jadi memang benar sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Pro
-Lebih nipis dan lebih fleksibel berbanding paparan LCD.
-Saiz paparan tanpa had
-Warna dan Contrast lebih baik
-Menggunakan kuasa lebih rendah apabila warna gelap dipaparkan

Kontra
-Tiada ‘backlight’ jadi kegunaan bawah cahaya matahari tidak konsisten
– Menggunakan lebih banyak kuasa jika warna terang dipaparkan
– Tidak tahan selaa LCD disebabkan menggunakan bahan organik dalam lampi LED

Artikel Berkaitan