#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Tambang Uber naik jika telefon kurang bateri?


 

Pihak pengurusan aplikasi Uber mengakui mereka memantau status bateri telefon anda yang menyebabkan pengguna perlu membayar tambang lebih mahal sekiranya membuat pesanan pemandu.

Bagaimanapun, syarikat itu menegaskan bahawa kelebihan untuk memantau status bateri telefon anda tidak di ambil kesempatan dengan cara yang tidak baik malah ia hanya menyumbang kepada kajian Uber secara keseluruhan.

Menurut Ketua Kajian Ekonomi Uber, Keith Chen, status bateri merupakan saluran terbaik untuk mengkaji reaksi dan penerimaan pelanggan sekiranya tambang Uber berubah. Kenaikkan harga terpaksa berlaku dalam situasi yang amat sibuk sehingga kekurangan pemandu.

“Apabila bateri telefon bimbit anda sudah tinggal 5 peratus, adanya gambar kecil yang akan bertukar merah dan kemudian, pengguna mula berasa mereka perlu cepat mendapatkan jalan untuk pulang ke rumah.

“Kami tidak pernah menggunakan kelebihan itu selain sebab yang disebut tadi. Tetapi ia merupakan kajian sikologi yang agak menarik untuk pihak kami,” kata Chen.

Chen terus menjelaskan bahawa pemantauan status bateri akan menyebabkan aplikasi tersebut bertukar kepada ‘energy saving mode’ supaya tidak membebankan telefon anda.

Sumber: http://www.standard.co.uk

Artikel Berkaitan