#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


4 Kemahiran Yang Anda Perlu Ada Untuk Menjadi Pemilik Perniagaan Yang Berjaya


 

Menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan memerlukan tanggungjawab yang besar.

Anda perlu menjaga hubungan baik anda dengan pelabur dan pekerja anda, memberikan layanan yang terbaik kepada klien atau pelanggan anda, dan yang paling penting sekali adalah hidup dengan matlamat dan standard anda yang tersendiri.

Untuk Memulakan dan mengendalikan perniagaan baru boleh menjadi sukar kerana cabaran dan liku-likunya tidak pernah habis – masa yang terhad, tenaga kerja, dan bajet.

Untuk membantu anda mendapatkan kejayaan sebagai pemilik, berikut adalah 5 kemahiran pentingyang perlu anda ada:

  1. Jadi lebih teratur

Close-up image of an office worker using a touchpad to analyze s

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerja yang anda lakukan dalam perniagaan anda adalah berbeza daripada pemilik perniagaan lain, tetapi ada hubungan yang kuat dalam bagaimana anda melaksanakan tugas-tugas itu.

Anda perlu  konsisten dalam mengendalikan urusan anda dan tugas-tugas perniagaan anda – begitu juga dengan tugas berkumpulan.

Contohnya, daripada sering memeriksa e-mel anda sepanjang hari, sebaiknya anda jawab e-mel anda pada waktu pagi dan sekali lagi pada sebelah petang. Dengan menyatukan tugas-tugas anda dan dapat melakukannya secara teratur, anda akan dapat hapuskan pelbagai tugas yang lain dan boleh memberi tumpuan kepada tugas yang lebih penting untuk projek anda.

  1. Benarkan pasukan anda untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya

Blog2_image2

Untuk membuat keputusan dalam sesuatu perniagaan, pasukan anda perlu mempunyai maklumat yang lengkap tentang pasaran anda, pelanggan anda, pesaing anda dan proses perniagaan anda.

Jika anda meletakkan pasukan anda dalam situasi di mana mereka harus “memburu” untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan adalah tidak produktif untuk apa-apa jenis perniagaan sekalipun kerana ia hanya akan membawa kepada kekecewaan kepada pasukan anda. Konklusinya, mereka akan membuat tekaan sendiri dan bukannya mencari maklumat yang tepat.

Fikirkan jenis maklumat dan sistem untuk diberikan kepada pasukan anda setiap hari untuk kerja-kerja rutin mereka.

Adakah mereka mempunyai semua maklumat yang diperlukan, atau adakah mereka perlu bertanya kepada pengurus untuk mengaksesnya? Anda mungkin memerlukan sistem pengurusan data secara on9 untuk menyediakan semua jenis maklumat kepada pasukan anda.

3. Berikan motivasi kepada pasukan anda

B9317259278Z.1_20150510202642_000_GKUAO9L40.1-0

Sebagai pemilik dan majikan, kepimpinan adalah kemahiran yang utama dan penting untuk kejayaan anda.

Dalam usaha untuk mendapatkan yang terbaik daripada ahli-ahli pasukan anda, anda perlu memberi motivasi dan menceriakan mereka.

Kejayaan perniagaan anda akan bergantung kepada sebahagian besar semangat dan produktiviti pekerja anda, dan ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa mereka mendapat apa yang mereka perlukan untuk perkembang dengan lebih baik.

Anda perlu bersedia dan membantu mereka dari apa jua aspek.

4. Perhatikan prestasi dan perkembangan anda

drawing business growth

Ia adalah penting untuk menetapkan matlamat dan objektif untuk syarikat untuk mengukur kemajuan anda.

Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu mewujudkan ukuran tertentu yang menunjukkan prestasi perniagaan anda terhadap matlamat yang ditetapkan.

Mengukur dan mengesan prestasi perniagaan akan mengenal pasti isu-isu dan faktor-faktor kejayaan yang akan memajukan prestasi organisasi secara keseluruhan.

Pertimbangkan untuk lihat jualan mingguan anda atau perisian pangkalan data. Semak prestasi anda. Adakah anda mengekalkan pelanggan anda? Kesan prestasi pasukan anda. Cari alat yang boleh membantu anda untuk mengesan prestasi dalam perniagaan anda.

 

Sumber: http://www.lifehack.org/391112/5-must-have-skills-for-every-successful-small-business-owner

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998