#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


HP Spectre: Pesaing utama Macbook?


 

Syarikat teknologi ternama, Hewlett-Packard, lebih dikenali sebagai HP, menambah satu lagi ‘laptop’ kepada siri Spectre. Lebih menarik, ia merupakan laptop HP pertama untuk menampilkan logo terbaru syarikat tersebut.

HP telah melakukan pengubahsuaian dengan harapan dapat melancarkan produk yang lebih berkuasa tinggi dan lebih mewah untuk bersaing di atas tahap yang lebih kompetitif dengan Apple.

HP_Spectre2

Sekali pandang, laptop HP Spectre 13 inci seolah-olahnya berada dalam kelas tersendiri dengan reka bentuk yang cukup mengagumkan.

Atas kertas, HP Spectre mempunyai prosesor yang lebih hebat berbanding Macbook terbaru. Kehadiran processor 6th Generation Intel Core yang terbaru amat mengejutkan apatah lagi laptop ini merupakan laptop paling nipis dalam dunia dengan ukuran 10.4mm dan beratnya hanya 1kg.

HP_Spectre

Dari segi nilai harga, HP Spectre sekali lagi merupakan pilihan yang paling berbalo sekiranya anda mempertimbangkan laptop dalam bajet sebesar ini. HP Spectre 13.3 inci bermula pada harga USD1169.99 – USD1449.99 (RM 4715 – RM 5843.39). Namun jika dibandingkan dengan Macbook 12 inci yang bermula USD1299 – USD1599 (RM 5238.89 – RM 6447.88), anda pasti lebih berpuas hati.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=8FqKBmwfgTs&w=560&h=315]

Artikel Berkaitan