#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


4 Cara Untuk Mengetahui Jika Anda Berada Pada Berat Yang Sihat


 

Menurut satu kajian daripada Jurnal Obesiti Antarabangsa, lebih daripada 54 juta rakyat Amerika yang telah dilabel sebagai mempunyai berat badan berlebihan atau obes berdasarkan jisim indeks badan mereka (BMI) dan nisbah berat untuk ketinggian, adalah sebenarnya dikalangan mereka yang sihat.

Pernah tertanya-tanya di manakah tempat anda sekarang dari segi ukuran berat badan? Berikut adalah 4 cara yang terbaik untuk mengetahui berat badan anda yang sebenarnya:

  1. Lilitan pinggang

Fat mature man measuring his belly with measurement tape

Jika pinggang anda adalah “kilang” kepada lemak berlebihan yang ada di kawasan perut anda, anda mungkin sedang berada dalam risiko untuk mendapat penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Lilit pita pengukur di bahagian pertengahan (atas sedikit) tulang pinggul anda, kira-kira pada pusat perut anda. Untuk pengetahuan anda, ukuran yang sihat bagi wanita adalah kurang daripada 35 inci. Oleh itu jika anda melebihi ukuran itu, ia adalah lebih baik untuk anda lakukan pemeriksaan yang selanjutnya.

  1. Kadar rehat jantung anda

479456.image0

Letakkan dua jari di atas nadi anda – di pergelangan tangan atau leher – dan kira bilangan denyutan yang dihasilkan dalam masa satu minit. Sekiranya anda mendapat 60 dan 100 denyutan, anda berada dalam kadar yang normal.

Kadar rehat jantung yang rendah secara amnya menunjukkan kesihatan fizikal yang lebih baik; gaya hidup yang kurang aktif boleh membawa kepada kadar rehat yang lebih tinggi kerana jantung perlu bekerja lebih keras.

  1. Peratusan lemak dalam badan anda

calculate-fat

Tidak seperti BMI, bilangan ini mendedahkan jumlah lemak berlebihan yang ada dalam dalam badan anda – berasingan daripada jisim otot. Peratusan yang sihat untuk wanita adalah 20 hingga 32 peratus.

Untuk mengenal pastinya, dapatkan analisis impedans bioelektrik di kelab kesihatan anda; mesin yang menghantar elektrik melalui badan anda untuk mengira jumlah lemak VS tisu tanpa lemak.

  1. Kadar metabolik basal

basal-metabolic-rate

Faktor BMR dalam ketinggian, berat badan, jantina, tahap aktiviti, dan umur, boleh digunakan untuk menganggar jumlah kalori yang anda bakar ketika berehat; anda juga boleh menggunakannya untuk menganggarkan berapa banyak kalori yang perlu dipotong dalam diet anda setiap hari untuk mencapai berat badan ideal anda. Kemudian, masukkan maklumat anda di https://supertracker.usda.gov/bwp/ untuk mengetahui keputusannya.

 Untitled

Sumber: http://time.com/4316523/healthy-weight-check/

Artikel Berkaitan

Post Tags