#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Cara Untuk Mencegah Kaki Anda Daripada Mendapat Lepuh (Blister)


 

Jika anda sekarang sedang memakai kasut baru, jadi anda mungkin tahu bagaimana perasaannya apabila kasut baru anda mula “memakan” kaki anda sendiri. Oleh itu, untuk membantu anda menangani hal ini, berikut adalah tips untuk mengelak daripada kaki anda terkena lepuh.

  1. Pastikan kasut anda muat

big-shoes

Langkah pertama untuk pastikan tidak berlakunya sebarang geseran yang menyakitkan adalah dengan memilih saiz kasut yang muat dengan anda.

Jangan cuba untuk meyakinkan diri anda yang anda muat dalam saiz 39 hanya kerana kedai itu kehabisan saiz 40. Ini hanya akan membazirkan wang anda dan melukakan kaki anda sendiri.

  1. Sapukan antiperspirant pada kaki anda.

Screen-shot-2009-09-18-at-13.29.13[1]

Ini kerana, antiperspirant (jangan keliru dengan deodorant) boleh mengurangkan peluh – dan sekiranya kaki anda kuat berpeluh, itu akan meningkatkan lagi kadar geseran kaki anda pada kasut anda. Caranya adalah, sapu pada seluruh kaki anda, biarkan ia kering, dan kemudian pakai kasut baru anda.

  1. Cari dimanakah kawasan yang paling menyakitkan

warts

Sebelum anda mula memakai kasut baru anda untuk keluar selama berjam-jam, adalah lebih baik untuk anda cuba memakainya terlebih dahulu di sekitar rumah anda. Cari kawasan di mana kaki anda bergeser dengan kuat dengan kasut anda. Kemudian, gunakan dua-dua tips di bawah untuk membantu anda.

  1. Gunakan Lube atau pelincir

getimag

Dengan menggunakan pelincir, ia akan melincirkan kulit anda dan dengan ini dapat mengurangkan geseran pada kaki. Gunakannya sebelum anda keluar rumah dengan kasut baru anda.

  1. Gunakan padding

1.0x0

Gunakan plaster, sama ada pada kaki anda atau pada kasut anda sendiri. Ini akan membantu kasut anda daripada bergesel dengan kaki anda.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali cuba untuk memakai kasut baru anda lagi sekiranya ia telah membuatkan kaki anda luka dengan teruk. Selain itu, ia juga tidak ada salahnya untuk membawa beberapa Band-Aids dalam beg tangan anda sebagai langkah berjaga-jaga awal.

Sumber: http://www.womenshealthmag.com/style/how-to-prevent-blisters-from-new-shoes

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998