#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


ISIS Mula Menakluk Selatan Filipina dan Kita Perlu Mengambil Serius Tentang Ini


 

Dua tahun lalu, Bandar Zamboanga telah digempur dengan senjata dan kejadian tembak-menembak selama 20 hari di mana 400 militan telah menceroboh masuk bandar tersebut.

Rumah seorang penduduk Zamboanga bernama Musa Muhammad telah hancur akibat serangan tersebut dan sejak itu dia dan keluarganya tinggal di sebuah stadium. Walaupun dalam ketakutan dan telah disediakan rumah yang baru di daerah lain, Musa masih enggan meninggalkan Zamboanga yang sudah didiaminya sejak 50 tahun lalu.

Philippines_Displaced-600x400

Sumber Gambar: ms.muslimvillage.com

Orang Bangsa Moro di Filipina ini telah berjuang untuk kemerdekaan mereka sejak 40 tahun lalu. Daripada zaman penjajahan Spanyol, Amerika, Jepun sehingga kini mereka masih memberontak untuk mendapatkan kebebasan.

Pemberontakan selama 40 tahun ini telah menyebabkan seramai 120,000 orang mati dan berjuta orang awam menjadi perlarian.

Pertempuran yang telah mengakibatkan Musa kehilangan rumahnya bermula akibat perang saudara di antara kumpulan pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro yang tidak berpuas hati dengan rundingan damai yang dilakukan oleh Barisan Pembebasan Islam Moro dan Manila. Kejadian tersebut telah mengakibatkan 51 orang terbunuh dan 70,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Setelah sekian lama tidak berhasil mendapatkan kemerdekaan yang diinginkan, mereka telah beralih kepada menggunakan keganasan sehingga berjanji untuk taat setia kepada kumpulan pengganas ‘Islamic State of Iraq dan Greater Syria’ ( ISIS ) serta melakukan serangan menggunakan nama ISIS.

Ketua militan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon kini dikenali sebagai Sheik Mujahid Abu Abdullah al-Filipini telah dilantik menjadi ketua ISIS di Filipina.

Pada 9 April 2016, tentera Filipina telah menggempur kubu kumpulan militan ini di kepulauan Basilan yang menyebabkan 18 askar mati dan 50 cedera. Kejadian ini berlaku setelah Abu Sayyaf memenggal dua tebusan warganegara Filipina.

Sehingga kini, Kumpulan Abu Sayyaf masih mempunyai 21 orang tawanan yang dijadikan tebusan untuk mendapatkan wang.

71461751777_freesize

Sumber: astroawani.com

Dengan kekuatan seramai 300 pejuang bersenjata, kumpulan Abu Sayyaf ini dikhuwatiri menjadi kubu kuat ISIS di Asia dan menyediakan pejuang pelampau ke serata Asia sebelum memulakan serangan seperti yang pernah berlaku di Jakarta dan Bangkok di mana telah mengorbankan beberapa orang awam yang tidak bersalah.

Namun, terdapat dakwaan bahawa negara-negara yang terlibat dengan kumpulan pengganas yang mempunyai ideologi gerakan seperti ISIS sedang bersaing dengan cara melakukan serangan kecil-kecilan. Walau bagaimanapun, rangkaian antarabangsa mereka masih wujud dengan pengaruh al-Qaeda yang pernah memberi dana untuk mewujudkan kem latihan di selatan Filipina.

Di Indonesia, operasi menukar pengajar dari Syria dengan senjata dan tempat latihan di Mindanao sedang berlaku. Ini terbukti apabila seorang tenaga pengajar pembuat bom bernama Mohammad Khattab dari Morocco telah mati dibunuh di Basilan, Filipina.

Penangkapan beberapa ahli kumpulan pengganas di Malaysia dan Indonesia juga jelas menunjukkan bahawa keberadaan ISIS di negara kita dan jiran tidak mustahil akan berlaku.

 Sumber: http://time.com/4293395/isis-zamboanga-mindanao-moro-islamist-terrorist-asia-philippines-abu-sayyaf/?xid=time_socialflow_twitter

Artikel Berkaitan