#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Separuh Daripada Minda Anda Masih Sedar Apabila Anda Menginap Di Luar


 

Walaupun hotel itu telah menyediakan perkhidmatan yang terbaik di dunia sekali pun, anda masih tidak akan dapat merasa keselesaan yang anda rasakan daripada katil anda sendiri di rumah. Mahu tahu kenapa? Ini semua disebabkan otak kiri anda yang enggan “berhenti” berfungsi dengan betul apabila anda berada dalam persekitaran yang tidak dikenali.

042116_ls_sleeping-brain-main

Para penyelidik memanggil keadaan ini sebagai “kesan malam pertama”. Untuk memahami fenomena ini, Masako Tamaki dan rakan-rakan sekerjanya di Universiti Brown, di Rhode Island, telah mengimbas sebanyak dua kali (dalam dua minggu yang berlainan) 11 otak para sukarelawan yang sihat ketika mereka sedang tidur. Ketika mereka sedang tidur, para penyelidik telah menganalisis gelombang perlahan otak mereka – corak frekuensi rendah aktiviti otak yang menggambarkan betapa nyenyak seseorang sedang tidur.

Pada pemeriksaan yang pertama, mereka dapati bahawa aktiviti gelombang perlahan adalah lebih lemah di hemisfera kiri otak daripada di sebelah kanan, menunjukkan bahawa bahagian kiri otak anda bersifat lebih berjaga-jaga.

Seminggu kemudian, aktiviti gelombang perlahan di hemisfera kiri adalah lebih tinggi, dan lebih sama dengan hemisfera sebelah kanan. Mereka mendapati bahawa apabila seseorang itu dapat tidur dengan lebih cepat, persamaan yang lebih besar dalam aktiviti gelombang perlahan di kedua-dua belah otak.

Untuk menguji sifat “berjaga-jaga” seseorang itu apabila mereka tidur di tempat lain, mereka telah memainkan bunyi untuk peserta melalui earphone ketika mereka tidur. Pada kali yang pertama, hemisfera kiri mereka bertindak balas lebih kuat kepada bunyi berbanding seminggu yang kemudian.

sleepingjfk

Untuk pengetahuan anda, sesetengah burung dan mamalia marin  dikenali dengan sifat mereka yang membiarkan hanya separuh daripada otak mereka tidur, supaya mereka sentiasa dapat berjaga-jaga. Tamaki berpendapat bahawa  situasi ini berkait dengan situasi kita apabila kita tidur di persekitaran yang berlainan.

Ia seolah-olah seperti hanya sebahagian daripada hemisfera sebelah kiri itu yang mungkin bertindak sebagai “burung hantu”, yang sentiasa mengawasi keadaan di sekeliling kita dan menyedarkan kita terhadap sebarang potensi bahaya.

Menurut Tamaki, walaupun ianya masih tidak jelas mengapa, tetapi ia mungkin kerana hemisfera kiri mempunyai sambungan yang lebih kukuh antara wilayah konstituennya, yang mungkin menjadikannya lebih berkesan sebagai “burung hantu” untuk waktu malam.

Jika anda mahu meningkatkan keupayaan anda untuk tidur dengan baik dalam persekitaran yang baru, Tamaki mencadangkan anda untuk hanya berserah. “Cuba untuk tidak perlu risau terlalu kuat kerana itu akan membuatkan otak anda terjaga,” kata beliau.

 

Sumber: https://www.newscientist.com/article/2085409-sleeping-away-from-home-half-your-brain-is-still-awake/

Artikel Berkaitan