#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Penjagaan Anak & Kerja Rumah Adalah Penyumbang Kepada Masalah Jantung Yang Dialami Oleh Para Wanita


 

Pekerjaan sebagai suri rumah bukanlah sesuatu yang remeh. Para wanita berkemungkinan besar akan terus meninggal dunia sekiranya mereka diserang sakit jantung berbanding lelaki. Penyumbang utama kepada isu ini adalah disebabkan kerja rumah yang berlebihan, penjagaan anak dan juga saudara-mara yang lain.

Di seluruh dunia, penyakit jantung telah membunuh ramai lelaki dan wanita. Para doktor telah lama memerhatikan bahawa sindrom koronari akut (ACS) – istilah payung yang merangkumi pelbagai masalah jantung termasuk serangan jantung dan angina – memberi kesan kepada wanita dengan lebih teruk. Mereka mempunyai simptom yang lebih teruk, tahap pemulihan yang lemah dan lebih cenderung untuk mati disebabkannya.

Untuk memahami mengapa, Colleen Norris di Universiti Alberta di Edmonton, Kanada, dan rakan-rakannya telah mengikuti perkembangan lelaki dan wanita yang telah didiagnosis dengan ACS.

Pasukan itu membuat analisis data daripada kira-kira seribu orang di Kanada yang telah dirawat dengan ACS sebelum mereka berusia 55 tahun – usia di mana perbezaan antara hasil kesihatan lelaki dan wanita daripada keadaan yang paling teruk.

Mereka kemudian melihat bagaimana keadaan setiap orang setelah setahun memulakan rawatan, dan mereka telah menggunakan program statistik untuk membandingkannya dengan seks biologi mereka, faktor perubatan seperti tekanan darah, dan 31 ciri-ciri atau sifat-sifat yang lain seperti saiz gaji dan masa yang telah dihabiskan untuk kerja-kerja rumah.

Mereka telah menunjukkan 7 faktor yang mungkin memainkan peranan dalam menentukan sejauh mana kemungkinan seseorang itu akan cenderung kepada masalah ini. keputusan telah menunjukkan bahawa orang yang mengalami tekanan yang lebih di rumah dan menghabiskan lebih banyak masa melakukan kerja-kerja rumah bernasib kurang baik, dan begitu juga bagi orang-orang yang mempunyai pendapatan peribadi yang lebih rendah. Mereka yang mempunyai sifat personaliti dan tingkah laku sosial yang disenaraikan sebagai kurang maskulin atau lebih feminin  juga mengalami kesihatan yang lebih teruk.

busy-stay-at-home-mom

Norris juga telah mendapati bahawa wanita lebih cenderung untuk menjaga ahli keluarga yang lain walaupun diri mereka sendiri tidak sihat. “Kami sedar bahawa wanita yang telah menjalani pembedahan cenderung untuk segera kembali bertugas, manakala lelaki mahu berehat dengan lebih lama,” kata Norris.

Satu kajian di Finland telah mendapati bahawa lelaki lebih cenderung untuk berjaya menangani serangan jantung jika mereka berkahwin, namun ia adalah sebaliknya untuk wanita – wanita bujang pulih lebih baik daripada mereka yang telah berkahwin.

Norris berharap alat yang dia cipta – gabungan soal selidik yang baru disusun dengan analisis statistik – boleh digunakan untuk menyiasat kepentingan peranan dan tanggungjawab rakyat terhadap penyakit-penyakit lain, dan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan untuk wanita.

“Alat ini adalah yang pertama di muka bumi ini, dan akan mempengaruhi kesihatan kardiovaskular dengan cukup ketara,” kata Rachel Dreyer di Yale School of Medicine. “Hakikat bahawa terdapat sedikit perbezaan data atas berkaitan jantina mengenai penyakit jantung koronari pada tahun 2016 adalah sangat membimbangkan, kerana ia adalah punca utama kematian di kalangan wanita.” katanya lagi.

Sumber: https://www.newscientist.com/article/2085396-childcare-and-housework-are-what-give-women-more-heart-problems/

Artikel Berkaitan