#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


The Tamil Tigers (LTTE): Kumpulan Pengganas ‘Brutal’ Di Sri Lanka


 

teApabila anda terdengar perkataan ‘terrorist’ atau pengganas, apa yang akan timbul di fikiran anda? Pasti anda akan mula terbayang kumpulan-kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda, ISIS atau mana-mana kumpulan yang berasal daripada negara timur tengah bukan?

Oleh kerana kita sering terdengar pelbagai insiden serangan pengganas yang dicetuskan  di serata dunia sejak kebelakangan ini, sudah tentu orang ramai akan mempunyai persepsi bahawa satu-satunya kumpulan pengganas yang wujud pada masa kini adalah ISIS.

generic-terrorist

Gambar sekadar hiasan – Foto transnationaltopics.wordpress.com

Tetapi, pernah tak anda terfikir bahawa wujud juga kumpulan pengganas atau militan lain yang telah ditubuhkan sejak berpuluh tahun dahulu lagi sebelum ISIS? Bukan itu sahaja, malah mereka ini juga dianggap sebagai militan yang paling ‘brutal’ di dunia kerana menjadi satu-satunya kumpulan ekstrimis yang pernah membunuh dua orang pemimpin dunia.

Untuk pengetahuan anda, kumpulan militan yang diperkatakan ini bergelar Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) atau lebih dikenali dengan nama popularnya, The Tamil Tigers. Menurut Federal Bureau of Investigation (FBI), mereka ini adalah perintis dalam  beberapa perkara berkaitan keganasan; antaranya adalah penciptaan jaket pengebom berani mati (suicide vest), menggunakan wanita dalam misi serangan berani mati dan macam-macam lagi.

tamil-tigers-flag

Lambang LTTE – Foto theglobalstate.com

The Tamil Tigers mempunyai kira-kira 5,000 – 10,000 orang ahli gerilla, dan perjuangan utama mereka adalah mengambil alih kuasa pemerintahan Sri Lanka demi mewujudkan negara Tamil yang bebas. Untuk merealisasikan impian itu, mereka telah melancarkan pelbagai aktiviti keganasan seperti serangan berani mati, pembunuhan ahli politik, mengambil tebusan dan pada masa yang sama melakukan segala bentuk jenayah untuk membiayai operasi-operasi mereka.

Namun begitu, persoalannya, bagaimana dan bilakah kumpulan ini ditubuhkan? Pada tahun 1972, kerajaan Sri Lanka yang dikawal oleh bangsa Sinhalese telah mengisytiharkan bangsa mereka dan agama Buddha sebagai bahasa dan agama rasmi negara tersebut. Tetapi, bangsa Tamil yang mengamalkan agama Hindu dan juga mempunyai bahasa mereka tersendiri rasa terhina dengan tindakan dan keputusan Sinhalese itu.

_86061438_sri_lanka_prabhakaran_g

Ketua/Pengasas LTTE: Vellupillai Prabhakaran – Foto www.bbc.co.uk

Kejadian berkenaan secara langsung telah menyumbang kepada penubuhan LTTE yang diketuai oleh pengasasnya, Vellupillai Prabhakaran beberapa tahun kemudian (1976). Pada tahun pertama kewujudan mereka, kelompok ‘Tigers’ ini merupakan salah satu kumpulan pemberontak yang ‘saling bertanding’ untuk meraih sokongan daripada populasi Tamil Sri Lanka.

Berikutan perang saudara itu, ia telah menyumbang kepada pengorbanan lebih 70,000 nyawa warga Sri Lanka sejak tahun 1983 sendiri. LTTE telah mengebom bangunan-bangunan awam, hab pengangkutan, dan juga merekrut ahli-ahli baru dari kalangan wanita dan kanak-kanak.

SLltte-2.jpg

Pejuang wanita LTTE – Foto moniquestauder.com

Selain itu, para pejuang dikatakan telah memakai kapsul cyanide di kawasan leher dan mereka akan menelannya sekiranya ditangkap oleh pihak tentera kerajaan. Lebih mengejutkan lagi, LTTE juga mempunyai tentera laut dan darat, dan pada masa yang sama memiliki senjata-senjata canggih seperti roket, pelancar bom tangan dan sebagainya.

Sepanjang sejarah kumpulan militan ini, seperti yang telah diperkatakan di atas, LTTE telah membiayai operasi-operasi mereka melalui pelbagai bentuk jenayah, dan antara kegiatan yang terbesar adalah perompakan bank dan penyeludupan dadah. Mereka juga dipercayai telah mendapat sokongan padu daripada etnik Tamil yang menetap di Eropah Barat dan Kanada. Dalam pada itu, laporan ada menyatakan bahawa kumpulan pengganas ini meraih lebih daripada $200 juta USD setahun.

ltte1_001.jpg

Ketua LTTE bersama komando elit Black Tiger – Foto www.military-quotes.com

Selepas kira-kira 26 tahun, akhirnya kumpulan militan ini berjaya ditumpaskan oleh tentera kerajaan, yang diketuai oleh Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa. Rajapaksa telah mengisytiharkan kemenangan tentera pada 16 Mei, 2009, dan pada hari yang berikutnya, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa Pathmanathan mengakui kekalahan kumpulan itu melalui satu email yang berbunyi: “Peperangan ini telah mencapai pengakhiran yang pahit.”

Sumber: http://content.time.com

                 https://www.fbi.gov

 

Artikel Berkaitan