#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Brunei catat kes HIV paling tinggi


 

Brunei mencatat jumlah kes HIV paling tinggi iaitu 28 kes positif pada tahun 2015, menurut laporan media asing.

Daripada 28 kes tersebut, sebanyak 7 kes terdiri daripada wanita menurut Iswandy Ahmad, selaku Presiden Majlis AIDS Brunei Darussalam.

“Peningkatan kes HIV di kalangan wanita merupakan satu trend yang membimbangkan sedangkan golongan wanita mewakili jumlah yang lebih kecil pada tahun-tahun yang lepas,” katanya.

Sebagai penanda aras, Brunei mencatat 38 kes sepanjang 2012 hingga 2014 sebelum ini. Iswandy menyifatkan peningkatan itu hasil daripada kekurangan pendidikan mengenai HIV dan ‘kelakuan membahayakan’.

Sumber: http://www.thestandard.com.hk/breaking-news.php?id=73453

Artikel Berkaitan