#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Tuala Wanita Boleh Menyebabkan Kanser Serviks?


 

Kepada kebanyakan wanita di luar sana, untuk menghidap kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan satu perkara yang amat mengerikan. Tambahan itu, dengan pelbagai spekulasi yang mengatakan bahawa tuala wanita adalah antara penyumbang kepada penyakit ini, bermacam-macam persoalan yang tidak diingini telah timbul. Walau bagaimanapun, adakah betul ianya berkait? Pada artikel kali ini, kami akan kupaskan isu ini buat anda semua!

aliran-surga-adn-di-cirebon-rev3

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi, marilah kita kenalpasti penyebab kanser serviks ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda semua, kanser ini berpunca kepada pendedahan awal kepada hubungan seks. Zaman sekarang, ramai remaja kita yang telah pun terdedah awal dengan aktiviti hubungan kelamin ini. Oleh itu, terjawab lah segala persoalan tentang dari mana punca ia boleh berlaku. Selain itu, faktor kebersihan dan merokok juga memainkan peranan bagi isu ini.

still-using-tampons-or-pads-you-should-read-this.jpg

Jadi, adakah benar bahawa tuala wanita/pads dan tampun boleh menyebabkan kanser serviks? Kenyataan ini, adalah tidak benar. Hal ini kerana, menurut kajian oleh pakar toksikologi, kandungan yang didapati dalam tuala wanita seperti Cellulose gel, juga didapati dalam napkin bayi, dan ini terbukti bahawa ianya selamat untuk digunakan. Selain itu, bahan seperti dioxin yang didakwa ada dalam tuala wanita yang boleh mengundang bahaya, sudah tidak lagi digunakan pada zaman sekarang.

Tetapi, jika tuala wanita digunakan secara tidak bersih, ia akan mengundang “dysplasia”, iaitu perubahan awal kepada sel-sel abnormal pada serviks disebabkan infeksi yang berterusan. Kes ini dapat dibuktikan berdasarkan kisah yang berlaku di India, di mana kebanyakan wanita di sana hanya menggunakan kain biasa berulang-ulang kali disebabkan mereka tidak mampu untuk membeli tuala wanita.

AFY-fade-private-parts-Dilute-whitening-areola-tightening-vagina-cleansing-nakedness-private-parts-care-essential-oils

Disamping itu, penggunaan pencuci kelamin wanita juga telah terbukti bahawa bahan-bahan yang terkandung di dalamnya tidak akan menyebabkan kanser serviks mahupun penyakit kelamin yang lain. Malah, golongan ini akan terhindar daripada mengalami masalah alat sulit yang berbau, jangkitan pada sistem peranakan dan jangkitan air kencing berbanding mereka yang tidak menjaga kebersihan.

Kesimpulannya, jelas lah bahawa kanser serviks dan penyakit kelamin wanita tiada kena mengena dengan penggunaan tuala wanita/pads dan tampun. Ianya penting bagi setiap wanita untuk sentiasa menukar tuala wanita dengan kerap dan memastikan kebersihan alat sulit mereka terjaga dengan rutin-rutin penjagaan yang sepatutnya. Yang paling penting adalah, hindarilah diri anda daripada terlibat dengan mana-mana hubungan seks bebas yang merupakan punca utama bagi kanser serviks, HPV, AIDS dan Hepatitis B.

Sumber: http://www.mmgazette.com/tuala-wanita-dan-kanser-serviks-mitos-atau-fakta-dr-mardiana-kipli/

Artikel Berkaitan