#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Sakit Pada Rahang? Mungkin Sindrom TMJ?


 

Sindrom TMJ atau (Temporomandibular Joint) adalah kesakitan yang pedih disebabkan masalah sendi Temporomandibular yang terletak pada rahang tidak berfungsi .

Sendi temporomandibular terletak pada atas rahang dan ianya menyambungkan antara tulang rahang dan tulang kerangka yang dipanggil sebagai tulang Temporal. Pergerakan mulut berlaku di sekitar sendi ini dan ia mengawal pergerakan mulut. Jika berlaku sebarang kecederaan pada struktur sendi ini akan menyebabkan kerosakan pada sendi ini.

tmj1

Sindrom TMJ boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:

  • Sakit myofascial akibat tidak berfungsi dengan betul
  • Ganguan dalaman sendi
  • Penyakit degenerative sendi (arthritis)

 

Sindrom TMJ berpunca daripada beberapa kondisi seperti:

  • Sinovitis TMJ atau ganguan pada struktur disk TMJ
  • Tabiat suka menggeser gigi
  • Kecederaan
  • Arthritis

 

Tanda-tanda atau gejala:

  • Sakit dan kepedihan pada rahang
  • Sengal-sengal pada telinga
  • Sukar untuk mengunyah atau ketidak selesaan semasa mengunyah
  • Sengal-sengal pada muka
  • Bunyi “klik’ atau “pop” pada sendi TMJ

 

Bagaimana merawat masalah ini?

Biasanya doktor akan sarankan pesakit untuk membuat terapi perubatan bagi menangani masalah ini.

Rawatan fisioterapi:

  • Kebiasaannya terapi menggunakan stimulasi elektrikal seperti TENS atau IFC dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit.

tmj2

  • Selain itu terapi Ultrasound juga sering digunakan bagi proses penyembuhan
  • Terapi manual juga digunakan untuk mengembalikan pergerakan sendi dan kekuatan otot sokongan.

 

 

*Mohd Fadzli Matusin seorang ahli fisioterapi yang berkelulusan Diploma dalam Physiotherapy (Mal) dan Bsc (Hons) Physiotherapy (UK), Beliau berpengalaman selama 4 tahun dalam bidang fisioterapi dan ‘chiropractic’ dan telah melalui ‘advance clinical training’ di Kovai Medical Centre & Hospital Coimbatore India dalam bidang ortopedik dan pemulihan neurologi.

Artikel Berkaitan