#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Kahwin tanpa wang hantaran, tetap bahagia


 

Sebuah artikel daripada laman web IsmaEropah.com menceritakan kisah bagaimana dua bekas pelajar pengajian tinggi di Dublin, Ireland disatukan sebagai suami dan isteri sekali gus membuktikan kebahagian tidak perlu menjadi kebebanan.

Sebelum anda terus membaca, artikel ini tidak cuba menghalang daripada mengadakan majlis perkahwinan impian anda malah ia sekdar memberi peringatan bahawa perkahwinan adalah ‘gerbang permulaan bagi keberterusan proses menimba ilmu agama, menjaga kesucian diri sebagai seorang Islam, dan membentuk satu keluarga yang mempunyai aturan kehidupan berlandaskan Islam’.

Dr. Faez dan Dr. Hayati merupakan dua bekas pelajar jurusan pentadbiran di University College Cork, Ireland. Dengan persetujuan daripada ibu bapa masing-masing, mereka dibenarkan untuk berkahwin dengan menunaikan syarat-sayarat yang wajib terlebih dahulu.

kek-768x511

Bagi wang hantaran, kedua belah pihak keluarga bersetuju untuk menetapkan mas kahwin sahaja manakala kedua belah pihak ini juga bersetuju untuk tidak menetapkan sebarang bentuk hantaran. Pelamin pun dibuat dihias dengan bunga-bunga kertas tisu sahaja.

Bihun

Bagi makanan pula, hidangan utama pada majlis itu adalah bihun goreng sahaja. Memang benar, mereka tidak memerlukan gotong royong, perkhidmatan katering dan lain-lain.

dublin-768x509

Kad jemputan melalui aplikasi Whatsapp sahaja. Disebabkan mereka bersambung belajar di negara lain, pasangan ini hanya menjemput keluarga terdekat serta rakan-rakan universiti dan pelajar-pelajar lain daripada Dewan Pelajar Malaysia di Dublin.

Kini, mereka berdua sudahpun dikurniakan seorang cahaya mata sekali gus memiliki pekerjaan yang kukuh mengikut jurusan mereka di Sarawak. Apakah pengajaran yang boleh diambil? Biar usaha dan kehidupan selepas perkahwinan jadi penanda aras kebahagiaan.

faez-after-story

Tepuk dada, tanya selera..

Sumber: http://www.ismaeropah.com/kisah-pelajar-malaysia-di-ireland-kahwin-tanpa-hantaran-pun-bahagia/

Artikel Berkaitan