#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Terbuka India: Chong Wei lepasi cabaran pertama


 

Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bermula dengan langkah kanan setelah mencatat kemenangan besar ke atas lawannya pada pusingan pertama Terbuka India.

Kemenangan 21-11, 21-17 ke atas pemain Jepun, Kazumasa Sakai sekali gus memadamkan kekalahan awalnya pada saingan Seluruh England baru-baru ini. Pemain pilihan utama itu tidak berdepan sebarang masalah untuk menidakkan lawannya Stadium Tertutup Siri Fort New Delhi.

Terdahulu, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut mempamerkan aksi cemerlang untuk melakar kejutan menentang pilihan kelapan dari China, Li Junhui-Liu Yuchen menerusi kemenangan 21-19, 21-18.

V Shem-Wee Kiong yang dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Rio, Ogos depan akan menentang satu lagi pasangan China, Wang Yilyu-Zhang Wen bagi merebut tempat ke suku akhir, esok.

Malangnya, beregu lelaki profesional negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terpaksa menelan hakikat cabaran mereka di Terbuka India berakhir seawal pusingan pertama.

Mereka disingkirkan 12-21, 21-23 oleh pilihan kedua kejohanan dari Korea Selatan, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang, yang turut mengecewakan mereka pada pertemuan terakhir di Kejohanan Princess Sirivannavari Thailand Masters pada Februari lalu.

Artikel Berkaitan