#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Rio Haryanto: Pelumba F1 Pertama Indonesia


 

Rio Haryanto bakal menjadi pelumba Formula Satu (F1) pertama Indonesia apabila membuat penampilan pertamanya bersama pasukan Manor Racing pada saingan GP Australia dalam masa terdekat.

MELBOURNE, AUSTRALIA - MARCH 17: Esteban Gutierrez of Mexico and Haas F1, Jolyon Palmer of Great Britain and Renault Sport F1, Rio Haryanto of Indonesia and Manor Racing, Lewis Hamilton of Great Britain and Mercedes GP, Daniel Ricciardo of Australia and Red Bull Racing, and Sebastian Vettel of Germany and Ferrari in the Drivers Press Conference during previews to the Australian Formula One Grand Prix at Albert Park on March 17, 2016 in Melbourne, Australia. (Photo by Lars Baron/Getty Images)

MELBOURNE, AUSTRALIA – MARCH 17: Esteban Gutierrez of Mexico and Haas F1, Jolyon Palmer of Great Britain and Renault Sport F1, Rio Haryanto of Indonesia and Manor Racing, Lewis Hamilton of Great Britain and Mercedes GP, Daniel Ricciardo of Australia and Red Bull Racing, and Sebastian Vettel of Germany and Ferrari in the Drivers Press Conference during previews to the Australian Formula One Grand Prix at Albert Park on March 17, 2016 in Melbourne, Australia. (Photo by Lars Baron/Getty Images)

Setelah usianya mencecah 23 tahun, Haryanto berpendapat dia masih pelumba baharu di peringkat F1 namun dia tidak sabar untuk menguji jenteranya bersebelahan pelumba-pelumba profesional lain seperti Lewis Hamilton, Nico Rosberg dan Felipe Massa.

“Di Indonesia, saya diberi layanan seperti wira. Semestinya, bersaing di peringkat Formula Satu dan saya amat bangga dengan pencapaian saya sehingga saat ini.

“Saya masih baru dalam kategori F1, jadi masih ada banyak pengajaran yang dinantikan. Saya mahu cuba mempelajari segala aspek F1 secpat mungkin supaya dapat menubuhkan persahabatan baik bersama pasukan saya. Kami akan lihat di atas trek nanti!,” kata Haryanto.

RioHaryanto

Haryanto terpaksa berdepan pelbagai rintangan dalam perjalanannya untuk mencapai cita-citanya.

Selain daripada latihan selama 4 hari sahaja, impian Haryanto hampir terkubur sebelum ia bermula kerana kesuntukan dana dan tajaan buatnya.

Bagaimanapun, kerajaan Indonesia bersetuju dengan membantu kariernya bersama syarikat minyak terbesar Indonesia, Pertamina.

Manakala, pengurus pasukan Piers Hunnisett yakin bahawa anak buahnya akan menarik perhatian pelbagai jenis penaja dari Indonesia sebaik kempennya selesai untuk musim terkini.

Sumber: http://www.wheels24.co.za/FormulaOne/indonesias-first-f1-driver-living-the-dream-20160318?

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998