#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


14 Kes Berkaitan Haba Telah Dilaporkan


 

PUTRAJAYA: 11 kes keletihan dan 3 heat stroke (strok haba) disebabkan haba telah dilaporkan di Malaysia setakat ini kerana cuaca panas yang melampau yang dihadapi oleh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata terdapat kematian akibat fenomena ini.

Menurut beliau, daripada 11 kes tersebut, lima telah dirawat di Hospital Banting, dua di Hospital Langkawi dan selebihnya di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Hospital Port Dickson dan Hospital Putrajaya.

Beliau berkata dua pesakit heat stroke masih mendapatkan rawatan di Hospital Banting manakala pesakit yang dirawat di Hospital Segamat telah meninggal dunia.

“Semalam, seorang pelatih anggota polis lelaki di Pusat Latihan Polis Segamat (Pulapol) menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat heat stroke, yang menyebabkan sel-sel badannya berhenti berfungsi,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dr Subramaniam berkata, mangsa dirawat di hospital selepas pengsan semasa latihan yang diadakan di trek tertutup. Semalam, Azizan Ayob, 23, yang merupakan salah seorang daripada 467 pelatih anggota polis yang telah dilaporkan di pusat latihan pada 13 Mac, meninggal dunia di Hospital Segamat pada pukul 10.26 pm.

Dr Subramaniam berkata menurut laporan hospital itu, mangsa meninggal dunia akibat penyakit yang disebabkan oleh dehidrasi (kekurangan pengambilan air) yang akhirnya membawa darah menjadi pekat dan tisu tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
Dr Subramaniam menasihatkan orang ramai untuk minum jumlah air yang mencukupi, mengehadkan aktiviti luar yang berat, memakai pakaian yang lebih ringan dan tinggal di tempat yang mempunyai ventilasi yang mencukupi.

 

 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/03/19/14-heat-related-cases-reported/#ixzz43HOFv8BN

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998