#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


6 Tips Kecantikan Yang Sangat Berguna Buat Semua Wanita!


 

Baiklah, bila bercakap tentang makeup, mungkin tidak ramai daripada kalangan kita yang begitu mahir dalam penggunaannya. Tambah-tambah lagi bagi mereka yang baru hendak berjinak dalam bidang makeup ini. Jangan risau! Kami ada beberapa tips daripada seorang “Makeup Guru” di Youtube bagi memudahkan hidup anda!

 

1. Memakai Concealer Di Bahagian Mata

Caranya mudah sahaja! Apabila memakai concealer di lingkaran gelap bawah mata anda, daripada menyapunya dalam gerakan membulat, sebaliknya lukis segi tiga. Ia akan memberi kesan yang lebih baik dan juga akan membuat mata anda kelihatan lebih cerah dan cergas.

 

2. Menggunakan Kaedah “3” Sebagai Highlighter

IMG_2530

Lukis no 3 di muka anda begini, dan ia akan menyenangkan anda dalam proses anda untuk “contour” muka anda.

3. Eyeliner Bewarna Putih Atau Nude Untuk Mata Yang Lebih Cergas

IMG_2531

Gunakan eyeliner putih anda untuk area waterline anda seperti di atas. Tips ini boleh membuatkan mata anda kelihatan lebih cerah, cergas, dan cukup bermaya untuk memulakan hari-hari anda.

 

4. Mencapai “winged-eyeliner” Yang Sempurna

Okay, bagi tips ini, ada dua kaedah yang boleh anda gunakan untuk mencapai gaya eyeliner sempurna yang anda inginkan.

IMG_2532

(a) Gunakan kad sebagai penanda/pembantu anda untuk melukis eyeliner yang lebih tajam dan sempurna.

(b) Gunakan scotch-tape. Sekiranya ia terlampau melekit, lekatkannya terlebih dahulu di tangan anda. Kemudian lekatkan di kawasan mata dan mulakan sesi makeup anda!

5. Memulihkan Semula Mascara Anda Yang Lama

IMG_2537
Jika anda mempunyai mascara yang lama, dan memberikan kesan yang berketul-ketul, apa yang anda perlu buat untuk menyelamatkannya adalah dengan menggunakan eyedrop! Titiskan beberapa titis eyedrop kedalam mascara anda dan ia akan kembali pulih!

6. Mascara Sebagai Eyeliner

Gunakan berus (angled brush) yang anda ada, dan ambil lebihan mascara yang melekat pada batang mascara anda dan gunakannya sebagai eyeliner!

Jadi, bagaimana? Senang bukan tips-tips ini. Selain itu, ia juga amat berguna sekali. Selamat mencuba semua!

 

 

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=1-hzXWaxOBA

Artikel Berkaitan