#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Anjing Yang Pandai Bawa Motor


 

Anjing dari jenis Golden Retriever ini pandai mengawal keseimbangan badannya untuk membawa motor dan tidak terjatuh. Anjing yang diberi nama Sidney oleh pemiliknya, Revol Gerungan, 32 tahun suka menunggang motor sejak ia berumur tiga bulan.

Kini umur Sidney ialah 2.5 tahun dan ia juga pandai berenang sejauh 100 meter.

Pada usia muda Sidney, tuannya akan selalu membawanya menunggang motor dan kerana takut ia terjatuh jika diletakkan di belakang, Sidney sentiasa di hadapan dan memegang handle motor itu sehingga pandai membawa motorsikal automatik tersebut.

Sidney menjadi perbualan ramai orang di Manado, Indonesia akibat bakat luar biasanya.

Sumber: kompas.com

Artikel Berkaitan