#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Saintis Mengenalpasti Gen Penyebab Masalah Uban


 

Penemuan ini mungkin boleh melambatkan atau menghalang rambut kita daripada beruban dan nampak lebih tua.

Tiada siapa yang suka apabila uban mula tumbuh di kepala, tetapi sekarang, sebotol pewarna rambut boleh membantu untuk menutup tanda ini dan dapat mengelakkan anda nampak lebih tua. Ahli-ahli sains telah menemui sesuatu yang akhirnya boleh membawa kepada penyelesaian kekal terhadap masalah ini.

Penyelidikan ini telah mengumpulkan dan menganalisis sampel DNA daripada 6,000 sukarelawan yang dikumpulkan dari beberapa benua dalam usaha untuk mencari gen yang bertanggungjawab menyebabkan rambut kehilangan warnanya.

“Kami sudah tahu beberapa gen yang terlibat dalam botak dan warna rambut tetapi ini adalah kali pertama gen bagi uban telah dikenal pasti pada manusia, serta gen lain yang mempengaruhi bentuk rambut dan ketumpatan,” kata ketua pengarang Dr Kaustubh Adhikari.

“Ia hanya boleh dilakukan kerana kita menganalisis gen daripada pelbagai orang, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini pada skala sebesar ini.”

Walaupun penemuan gen sudah pasti merupakan sebuah permulaan yang baik, saintis percaya bahawa terdapat banyak faktor-faktor genetik dan persekitaran lain yang bertanggungjawab untuk rambut beralih kelabu apabila kita semakin tua.

“Gen yang kami telah kenal pasti tidak mungkin untuk bekerja secara berasingan untuk menyebabkan uban rambut, tetapi turut mempunyai peranan bersama dengan banyak faktor-faktor lain yang masih belum dikenal pasti,” kata Dr Adhikari.

Sumber: unexplained-mysteries.com

Artikel Berkaitan

Post Tags