#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Penemuan Labah-labah Spesies Baharu Yang Mampu Menyelam Ke Dalam Air


 

Spesies baru labah-labah yang ditemui di Australia menghabiskan sebahagian besar memburu mangsa dalam sungai air tawar.

Dinamakan ‘Dolomedes Brian Greene’ sempena Festival Sains, menurut pengasas bersama Profesor Brian Greene, labah-labah yang baru ini amat mahir berjalan di atas air dan mampu untuk memburu dengan mendengar gelombang getaran mangsanya termasuk serangga, berudu, ikan , katak dan juga kodok tebu.

“Labah-labah ini duduk di atas air dan kemudian apabila serangga mula menyentuh air dan kumpulan labah-labah ini keluar untuk mendapatkannya dan menangkapnya lalu menyelam di bawah air dan kemudian berenang kembali ke pantai dan mula memakannya,” kata Robert Raven pakar labah-labah di Muzium Queensland.

Labah-labah, yang didedahkan semasa Festival Sains Antarabangsa 2016 ini, ditemui di dalam sungai di Brisbane, Australia dan ia dianggap tidak berbahaya kepada manusia.

“Fizik adalah tentang gelombang; memahami alam semesta ini adalah semua berkait dengan gelombang,” kata Profesor Greene.

“Dengan pengumuman itu bulan lepas pengesanan pertama manusia terhadap gelombang graviti – riak di permukaan ruang dan masa – Saya amat berbesar hati kerana ia berkait rapat dengan labah-labah yang mempunyai pertalian yang mendalam dengan gelombang.”

 

Sumber: unexplained-mysteries.com

Artikel Berkaitan

Post Tags