#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Empat Mayat Rentung Di Dalam Kereta Ditemui Dibawah Treler


 

IPOH: Jenazah empat orang yang tidak dikenali ditemui rentung dalam sebuah kereta terbakar yang terperangkap di bawah treler untuk lebih daripada 24 jam di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Terowong Menora.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata, “Pagi ini apabila kren telah mengangkat treler yang terbakar di tempat kejadian kemalangan itu, sebuah kereta telah ditemui terperangkap di bawah treler terbabit, tetapi nombor pendaftaran kereta itu masih tidak dapat dikenal pasti lagi,”

Menurut Sum, pegawai penyiasat dan pegawai-pegawai dari PLUS yang telah dikerahkan ke tempat kejadian kemalangan itu turut tidak perasan atau sedar bahawa kereta yang terlibat.

Pemandu lori dan pembantunya juga telah menyatakan dalam laporan mereka bahawa treler yang hilang kawalan itu tidak melanggar kenderaan lain, katanya.

Sum berkata mayat yang rentung itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Beliau berkata polis sedang menyiasat sama ada laporan yang dibuat di Kuala Terengganu tentang satu keluarga yang hilang itu ada kaitan dengan mayat rentung yang ditemui di tempat kejadian.

 

 

Sumber: http://www.theborneopost.com/2016/03/05/charred-remains-of-four-found-in-burnt-car-trapped-under-trailer-that-burst-into-flames-after-losing-control/

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998