#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Bagaimana Kanak-kanak Berumur 10 Tahun Ini Boleh Menjejakkan Kaki Ke 64 Negara Di Usia Muda


 

Pasti anda tidak percayakan kanak-kanak berusia 10 tahun ini sudah mengelilingi dunia sebanyak 64 negara dan bukannya dari golongan berada.

Jadi bagaimana dia lakukannya?

Louis yang berasal dari Australia berkata semuanya bermula semasa dia berumur 7 tahun. Ibunya merupakan seorang ibu tunggal yang terpaksa bekerja siang dan malam untuk hidup. Ini menyebabkan Louis jarang bertemu ibunya dan membuatnya kesepian walaupun mempunyai banyak mainan.

Satu malam, Louis meminta ibunya untuk menemaninya tetapi ditolak kerana jika dia tidak kerja, dia tidak dapat membayar rumah dan lain-lain. Ini menyebabkan Louis tegas dan mengatakan dia tidak mahu rumah atau mainan. “Aku ingin ibuku,” kata Louis.

Mendengar kata-kata itu akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengubah hidup mereka. Louis dan ibunya menulis senarai apa yang harus dilakukan untuk memenuhi impiannya keliling dunia. Cara yang terbaik ialah mereka berdua perlu melakukan sesuatu untuk mengumpul duit.

Louis membantu ibunya dengan melakukan pekerjaan di sekitar rumah untuk mendapat wang tambahan. Mereka kemudian menjual rumah dan segala perabot yang tak diperlukan. Louis juga menyerahkan semua mainannya untuk kanak-kanak miskin. Dan akhirnya, ibu anak itu memulakan perjalanan mengelilingi dunia mereka.

Negara pertama yang dikunjungi ialah Fiji. Louis juga tidak melepaskan peluang sekolah di sana. Dia belajar menangkap ikan dan snorkeling. Dia beradaptasi dan mula berkawan dengan kanak-kanak tempatan. Louis dan ibunya juga merasakan kehidupan di pedalaman yang tiada kemudahan dan elektrik.

fiji

Sumber Gambar: matadornetwork.com

Setelah Fiji mereka meneruskan perjalanan ke negara lain. Menariknya, Louis sudah pernah merasakan hidup di hutan Amazon Ekuador seperti berenang dengan ikan lumba-lumba merah jambu hingga memancing ikan piranha.

Louis juga pernah merasakan ribut pasir yang mengerikan ketika berada di gurun Maroko. Hingga saat ini, Louis sedang melanjutkan perjalanannya ke negara-negara lain.

Sumber: http://matadornetwork.com

Artikel Berkaitan

Post Tags

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998