#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


ATLET PING PONG BERANG MALAYSIA KENA ‘BUNGKUS’


 

Pemain ping pong negara, Leong Chee Feng tidak dapat menyorok keberangan ketika menyaksikan Malaysia gagal mencatat satu kemenangan dalam saingan Kejohanan Ping Pong Antarabangsa (WTTC) 2016.

Pemain berusia 18 tahun menyifatkan sukan kesayangannya tidak diberi perhatian langsung dan kelalaian pihak berkenaan memfaktorkan prestasi hambar skuad negara tahun dalam kedua-dua acara lelaki dan wanita tahun ini.

“Malaysia perlu mempunyai program pembangunan ping pong yang lebih baik untuk membolehkannya bersaing dengan pasukan gergasi sukan itu.”

“Saya rasa, program pembangunan kita tidak begitu baik berbanding negara lain. Apabila lebih banyak tumpuan hanya diberi kepada sukan lain, seperti badminton, maka tahap ping pong semakin menurun.

Bagaimanapun, pemain paling senior daripada skuad lelaki, Muhd Sakirin Ibrahim, 30, menghadiahkan mata pertama kepada Malaysia namun tetap tewas 3-1 kepada Denmark semalam. Sebelum itu, Malaysia tewas dalam kesmua perlawanan dengan keputusan 3-0 tanpa balas.

Prestasi skuad negara merupakan satu tamparan hebat apatah lagi menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij tahun ini.

Sebagai tuan rumah, pasukan lelaki negara yang beraksi dalam Divisyen Tiga pada Kejohanan Dunia 2014 di Tokyo, diberi peluang bersaing dalam Divisyen Satu pada edisi kali ini, yang juga dikenali sebagai Divisyen Kejuaraan.

Keadaan bertambah rumit bagi skuad kebangsaan apabila mereka diundi untuk bermain dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan gergasi Eropah iaitu Jerman dan Sweden serta Perancis, Denmark dan England, yang merupakan penyandang gelaran juara bagi beberapa kejohanan di Eropah.
Sumber: http://www.bharian.com.my/node/129311

Artikel Berkaitan